Monday, December 5, 2011

berita terkini

ok kini saya berlintas langsung dari atas katil dalam bilik tengah guling guling sambil update entry ni kihkih . ok sekian sahaja "berangan " aku untuk menjadi pembaca berita . eeee macam best jee baca berita muka serious eeee bestnya nak jadi pembaca berita sukan boleh ??? boleh ngorat azlan iskandar yang encem yang memang very the hensem hahaha .

ok pagi tadi aku dah cakap yang paan demam . petang tadi aku turun haih dah berbintik badan budak ni . tengah hari tadi aku tak perasan sebab gelap . al maklumlah rumah aku banyak kucing , pintu semua segala ceruk lubang semua kena tutup kang budak budak tuu masuk habis rumah jadi macam kandang -.-

tadi aku ikut ayah  bawak paan pegi klinik . niat di hati ahkak paan yang murni ni kan kan nak buat liputan lahh kan . aku nak ambik gambar dia jee dia dah hangin . membebel kau nak buat apa gambar aku ni ?? dah bintik bintik tau tak . habis sakit bahu i tau kena belasah dengan adik sendiri . nasib baik kau sakit paan kalau tak aku jentik kau melambung kang . so sorry lah yee tak dapat nak tunjuk polkodot kat badan paan kihkih . tak pe besok dia tidur aku snap senyap senyap . rupanya paan bukan kena chicken pox tapi alahh aku tak tau apa nama penyakit budak betuah ni . aku tak masuk pun bilik pak doktor tu so kurang lah info aku dapat .

balik rumah tadi jenuh aku sapu badan paan dengan ubat tahan gatal dia . eeeee satu badan i kena sapu mampuih 1 jam aku duk hadap dia sapu ubat tuu . yang aku hangin , apahal lah paan ni susah bebenor nak telan ubat pil tu ni . tensyen aku , rasa nak sumbat sumbat jee . kalau kau kat tempat aku confirm ayat ni keluar dari mulut korang "lantak kau lah , tak nak telan sudah malas aku nak suruh dah "

mulai esok aku kena masak bubur nasi , budak betuah ni tak boleh makan ayam lah apa lah . entah betul ke tak ayah ni , cakap tak pernah nak serious apak aku ni .esok aku ingat buat bubur letak kentang , fish cake sikit lepas tu taruk ikan bilis goreng . fuuhhhh memang kurus lah aku makan ni hari hari . grrrr entah sedap ke tak bubur aku esok -.- well first time buat kihkih .

kita tunggu esok lah yee , nanti aku tunjuk bubur ala ala masterchef aku ogehh !

No comments:

Post a Comment

i love you all !!!!