Friday, October 28, 2011

simple but nice

weeee assalamualaikum :D

grrrr kenyang , makan tengah hari pukul 4 haiyoo teruk betul . petang semalam ada jamuan kelas untuk 3Durah . lokasi sepatutnya ialah lake garden seremban tapi last minute terpaksa ditukar kerana keadaan cuaca di seremban sekarang hujan dan petir . teacher takut apa apa buruk yang berlaku so dia buat keputusan untuk buat di kelas .

semestinya ramai yang membangkang kerana lokasi ditukar . tapi bila fikir balik betul juga , karang tak pasal pasal kena panah petir haha . dengan hati yang tak berapa nak rela kita orang ikut sahaja , yang girls dah siap kemas kelas .

jamuan start pukul 3 , since kita orang semua balik pukul 1.20 so siapa yang rumah dekat mengambil kesempatan untuk balik dan tukar baju . aku memang terpaksa balik sebab aku diamanahkan untuk membawa muffin . agak kelamkabut jugak lah aku semalam . yela farewell tu start pukul 3 dan aku apa pun tak buat lagi . ingat kejap ke buat muffin .

balik tolong mama buat muffin dan aku pun terus bersiap sebab memang dah lambat sangat ni , dengan diorang semua dah call aku suruh cepat konon lah katanya jamuan dah start . aku punya lah bengang bila sampai teacher pun tak ada lagi , yang diorang cakap dah start tu apasal aduhaii eeeeee geram .

semua dah ready and let start the party !!!!!!!!!! haha . balqis dipaksa untuk menjadi MC . sambung pulak dengan ucapan , doa dan upacara memotong kek . sedih gila aku tak rasa pun kek . semalam aku makan sikit jee , budak budak ni semua makan tak ingat dunia . yang lelaki lah paling teruk semua benda nak ambik . macam kat rumah tak de makanan jee -.-

walaupun majlis ni kecil kecilan jee tapi memang best , gelak gelak dapat hadiah pulak . weeee aku dapat shawl haha jimat duit tak payah beli shawl baru .

setengah daripada pelajar 3Durah*Chinese was not there
sila fokus pada yang baju hitam HAHA aku lah tuu buat air , air aku kaww kaww punya terangkat babe

atirah yang ditugaskan untuk membuat cappuccino dan aku tak sempat nak merasa sedihnya -.-

balqis yang sangat teruja dengan muffin choclate aku , sampai sedih sebab dia tak sempat nak tapau muffin haha 

KFC merupak menu special , makanan tambahan lain seperti mee hun gorang , nasi goreng , satay , buah , kuih dan lain lain jugak disediakan

the boys ! 

sebenarnya nak snap gambar aku sorang jee then budak budak betuah ni pegi masuk pulak sibuk jee

my favourite ! style gila credit to akmal azim :)




keja asyik nak snap gambar lompat jeee , kau bayang kan diorang ni main lompat lompat padahal kelas dah lah paling atas sekali . nasib baik tak jatuhh -.-

banyak lagi gambar , semua dalam FB . so hehe rajin rajin lah cari fb saya yee . excited sangat esok aku akan pergi ....... haha biar kan kosong . nanti aku update lagi haha .

awak awak saya nak buat surprise untuk awak mesti awak suka . hehe saya tak sabar nak jumpa awak esok :)

2 comments:

i love you all !!!!