Friday, October 14, 2011

apa short short ni

ehek kesian kan aku tinggal bedua jee dengan bibik hari ni . hari ni sabtu yang agak membosankan , selalunya sabtu lahh aku busy basuh baju buat homework tapi sekarang ? duduk goyang kaki jee lah .

mama dan paan pagi pagi dah keluar pergi sekolah sebab dia orang pergi rombongan . patutnya aku ikot tapi last minute cancel hehe . ayah pulak macam biasa lah sibuk dengan golf dia . baru 3 minggu tak main dia dah bising bising haiyooo ayah ayah .

malam tadi aku masak maggie hehe lepas gian babe . tengah sedap sedap makan paan datang sebab dia nak sikit . so haha bermula lah pergaduhan . . .

paan : eyh maggie apa tuu ?
aku : tom yam pedass gila paan kau tak boleh makan kau kan tak suka pedas *dengan harapan dia tak kan mintak maggie aku
paan : ala tak pe biar paan rasa sikit mana tau tak pedas
aku : dengan muka tak rela kasi jee lah sikit
paan : eyh sedap lah ada lagi tak ?
aku : dah habis ni last siapa cepat dia dapat :p

sudahnya paan pergi amik mangkuk dan aku kasi dia sikit . aku dah kasi kau banyak cerita pulak kan . paling tak tahan paan kata aku ni kakak angkat sebab aku kedekut dengan dia . betuah punye budak !

ok tutup cerita pasal maggie bukak cerita sebenarnya . ni zaman moden kan orang sekarang semua kalau texting mesti nak pakai short form kan . kalau setakat "yang" tukar "yg" tuu ok lagi lah . ni pergi tukar "aku" kepada "Q" tak ke lain sebutan tuu

aku mengaku dulu aku pun macam tu jugak dulu . short form punye ayat like mana to manew haha kelakar . tapi ada someone dah berjaya mengubah aku . masa tu aku update status kat fb lepas tu salah seorang cousin aku tegur dia kata : ayat short form sangat lah nak baca pun susah 

bermula daripada situ aku lebih selesa eja perkataan penuh dalam sms,fb dan blog . bagi aku apa yang penting orang lain paham apa yang kita tulis dan tidak memeningkan mereka untuk berfikir .

jangan terlampau iktkan sangat 'trend' sekarang nanti nak tulis karangan tak ke susah free jee kena tolak markah sebab ejaan salah hehe . bahasa budaya kita :)

No comments:

Post a Comment

i love you all !!!!