Tuesday, November 9, 2010

tip mengurangkan berat badan

1) Elakkan penurunan berat badan yang cepat

Apabila berat badan anda berkurangan dengan cepat, kebiasaannya badan anda hanya kehilangan glikogen (karbohidrat) dan air, bukannya lemak. Badan anda akan menghantar isyarat ke otak yang anda sedang kebuluran dan mengurangkan kadar metabolik, sekaligus melambatkan badan membakar kalori.

2) Gantikan makanan, bukannya elakkan terus
Cuba gantikan makanan kegemaran anda yang tinggi lemak, gula atau garam dengan yang kurang lemak, gula atau garam. Sebagai contoh, gantikan Coke biasa dengan Diet Coke yang kurang gula, susu lemak tinggi dengan susu kurang lemak. Penukaran sebegini tidak akan menjejaskan keinginan untuk makan makanan kegemaran anda secara drastik walau pun pengambilan kalori telah berkurangan.

3) Minum banyak air
Banyakkan minum air putih dan air soya untuk menggantikan air bergas. Air bergas boleh menambahkan kalori anda sebanyak 360 kJ sehari.

4) Banyakkan pergerakan
Banyakkan bergerak dan bersenam akan membakar kalori anda yang berlebihan. Banyak cara untuk anda bersenam termasuklah dengan jogging, pergi ke gim dan sebagainya. Anda juga boleh selitkan aktiviti fizikal dalam kehidupan harian anda dengan berbasikal ke tempat kerja, menggantikan lif dengan menaiki tangga, berjalan ke kedai makan atau pun membuat sit-up sambil menonton TV.

Pakar kesihatan menyarankan anda bersenam 30-45 minit 3-5 kali seminggu. Mungkin agak sukar untuk anda memulakan senaman sehingga 45 minit sehari. Apa kata mulakan dengan 10 minit, 3 kali sehari supaya anda tidak terlalu memaksa diri anda dan yang paling penting, disiplinkan diri untuk melakukannya setiap hari. Bagi para ibu, jangan jadikan sibuk sebagai alasan anda, tetapi cuba cari masa walau pun sebelum tidur untuk melakukan aktiviti fizikal.

5) Mulakan sedikit demi sedikit
Mulakan program penurunan berat badan anda dengan perubahan sedikit demi sedikit dan bukannya secara drastik. Kurangkan sedikit demi sedikit pengambilan makanan tinggi kalori dan gantikan dengan makanan yang berkhasiat. Gantikan minuman manis dengan air putih. Perubahan kecil kebiasaannya akan lebih berkekalan berbanding perubahan yang drastic.

6) Jangan terlebih makan
Pernah dengar ke sunah Rasulullah S.A.W. yang mengunyah perlahan-lahan dan berhenti makan sebelum kenyang? Cuba amalkan dan anda akan melihat perubahannya. Makan sedikit tetapi kerap.

7) Jangan sekat makanan tinggi kalori sepenuhnya
Anda berazam untuk tidak akan menyentuh makanan berlemak lagi! Jangan buat begitu kerana badan anda masih memerlukan lemak tetapi dalam sukatan yang betul dan bukannya berlebihan. Cuba seimbangkan makanan anda dengan sesuatu yang berkhasiat.

8)Kesan jangka masa panjang
Diet singkat dan rutin senaman yang tidak tetap biasanya tidak akan berkekalan. Rancang program penurunan berat badan secara realistik yang mampu anda turuti dan bukan secara drastik. Rekodkan segala perubahan menu, aktiviti fizikal dan apa jua yang anda rasakan berubah termasuk fizikal, emosi dan tahap kesihatan anda. Pastikan program anda bersesuaian untuk jangka masa panjang dan bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam!

9) Fokus pada sihat, bukannya kurus
Kebanyakan individu yang berjaya mengurangkan berat badan dalam jangka masa panjang akan mengubah objektifnya daripada ingin menjadi kurus kepada ingin menjadi sihat. Tetapkan pemikiran anda dengan memilih makanan yang boleh memberikan nutrient dan khasiat yang optima kepada badan anda. Untuk panduan, rujuk piramid makanan!

10) Atasi tekanan emosi
Emosi yang bercelaru dan tidak stabil boleh menyebabkan anda teruja untuk makan. Cari cara lain untuk mengatasinya dengan meluahkan masalah kepada orang yang rapat dengan anda atau kaunselor. Lakukan juga aktiviti yang boleh menggembirakan anda supaya tekanan anda diatasi.

11) Motivasi
Sokongan dan motivasi merupakan salah satu daripada kunci utama dalam proses untuk menurunkan berat badan. Dapatkan sokongan daripada orang tersayang dan dapatkan nasihat pakar dietitik supaya anda melakukan program diet yang betul dan penuh semangat!

credit to carigold.com :)

HAHA itu dia tips mengurangkan berat badan . act now dah pukul 1:06 . fani still takk titow lagi . takk ngantuk lagi lah deyy XD . ntah tibetibe datang idea nakk share tips nieh dengan korang . okok maybe ade yg berangapan mcm nieh "cehh , die sendiri gemokk ade hati nakk kasi tips katt org" HAHA fani takk kesah if korang nakk kata ape . niat fani baik , nakk tolong mereka mereka yg senasibb dengan fani . seriously mengurangkan beratt badan adalah satu perbuatan yg teramat susah bagi fani . bende ni perlukan kesabaran is it ?? fani nakk share dengan korang tentangg obsess [betul ke spelling] fani utk KURUS !!! i guess hanya orangorang yg rapatt dengan fani je nmpak semua ni . hoho ape fani pernah buat ?? 1 .fani pernah makan PIL DIET kire mcm ubat utk kurus dengan cepatt lah . 2 .fani try cream sliming . 3 . fani skipping 200 times EVERYDAY sampai kaki fani sakitt sangat , one week tu fani demam  HAHA . 4 . nasi ?? takk sentuhh , fani just makan roti roti and roti again and effect dia sekarang fani takk boleh skip meals , everytime i skip my meals fani akan sakit perut yg teramat sangat i guess itu gastric hoho ntah lah fani takk check kat doctor . after fani buat semua bende bodoh ni berat fani pernah turun butt naik balik hehe XP . tapitapi sekarang , since fani baca tip tip katt internet and my lovely sis ade kasi nasihatt jugakk fani dah start motivate diri fani . now fani makan mcm biasa , even in this tips makan nasi once a day .butt i can't lapar kott HAHA . ey ey even fani makan nasi twice a day kuantiti nasi tuh sikitt je ok , drink a lot of water , fruits jangan lupe . and yang paling utama BERSENAM , now fani join class badminton . boleh tahan gempakk , penat memang lah penat tapi nak sihatt punye pasal redah je hoho . kat rumah pulak setiap sabtu or ahad fani fight badminton dengan ayah . and senang cerita rumah fani sekarang dah macam mini gym pulakk  macam macam ade . fani pergi sch jalan kaki so i think it is better than naik kereta or whatsoever. ha one morething , diet yg paling berkesan fani pernah try , PUASA . wooo mmg terbaikk lah berat fani turun 3kg  masa puasa dulu . nanti insyaAllah fani nak puasa beside utk kurus it is good for our health . deyy jap onemore tips fani nak share if tak nak perut buncit jangan mandi selepas makan . kepada mereka yg rasa badan mereka tu kurus mcm lidi jangan rasa anda selamat , kemungkinan besar berat anda akan bertambah in your future . so conclusion nye ialah kita kurus ke kita gemok ke , kesihatn itu adalah penting .

wow nampak sedapp yummyy XP


*booo ayat fani agak nerdyy malam ni , HAHA bukan ape so that korang faham lah apa fani potpet tu XD

No comments:

Post a Comment

i love you all !!!!