Thursday, September 15, 2011

Perlis ohhhh Perlis

open house hari jumaat , pagi sabtu kene pergi kl sebab mama ayah ada hal . along , angah , me dan paan pergi jalan jalan dekat wangsa walk sementara tunggu mama ayah balik . nak tengok wayang memang confirm tak sempat lah , so pergi karaoke jee lah . mood aku on that day suam suam suku so aku malas nak nyanyi . along jee yang over . amik satu jam tak cukup lain kali kena amik dua jam .

pukul 2 dah bertolak pergi perlis , masuk jee kereta semua tido dan semestinya ayah jee yang tak tido sebab dia lah yang kena drive . then sampai dekat R&R tapah berhenti makan makan beli buah sikit then sambung jalan . target kene sampai perlis before kedai seafood mona tutup ! mama kata nak tido kat alor star sebab kat perlis berapa jee hotel yang ada . tapi ahhh aku nak tido perlis sebab nak makan seafood kat sana . dulu first time pergi perlis aku try makan makanan nama dia udang cabai . ok jangan tanya aku kenapa nama dia pelik , tapi rasa dia mantop ok . kalau nak makan seafood pastikan perut korang kosong sepenuhnya , please try this memang mujarab .

sampai jee perlis terus check in hotel . then turun pergi makan seafood . dekat jeee jalan kaki 3 minit dah sampai . semestinye aku lah yang paling excited nak makan kat situ . bila sampai kedai tuu aku memang dah teramat bersyukur sebab tak ramai orang . tahun lepas kiteorang pergi ramai gila weyh , kalau dah ramai confirm lah makanan dia lambat sampai kan .


muka geram tengok udang cabai yang sangat sedap
aku suka tengok gambar ni and i dont know why

udang goreng tepung 
udang cabai 
tom yam

ketam ketam hehe my favourite tapi  on that day aku tak pandang pun ketam tuu sebab dah ada udang cabai
ikan siakap tiga rasa


mood makan aku kureng pulak malam tuu , nasi tak habis pun . selalunya mesti habis dan mesti curi sape sape punye nasi yang tak habis . maybe sebab aku dah rasa macam tak sihat , dari pagi tuu aku dah rasa nak demam .
ayah tengah borak borak dengan kawan dia . aku baru ingat nak balik hotel dulu suddenly angin kencang . kuat sangat sampai ada kerusi terpelanting . aku dah gelabah yela aku kan orang seremban mana biasa dengan tempat tuu . maybe angin tuu just angin biasa sebab aku tengok pekerja kat restoran tuu cool jee .



agak huru hara sikit time ni

time on the way nak balik hotel aku terpijak lumpur then haha apa lagi jatuh lerrr . nasib baik dah letak camera dalam beg kalau tak waaaaaa meraung aku tengok dia jatuh . habis baju dengan seluar kotor . rasa nak nangis jee tau . masuk hotel puas lah aku cover malu ohh -.-

malam tuu aduh angin kuat gile , dah lah aku duduk kat hotel yang dekat dengan laut . disebabkan aku penat sangat lena lah jugak tido . along ayah mama semua tak boleh tido sebab angin kuat sangat .

esok tuu ingat kan cuaca ok jee , rupenya angin lagi tambah pulak dengan hujan lebat . sejukk ohh ~

sekitar kawasan jeti perlis 
 lepas check out pergi rumah kawan ayah . grrrr sumpah bosan . aku sempat tido lagi kat sana . lepas tuu terus hantar angah balik u dia . around pukul 4 baru bertolak balik seremban .

esok tuu tengok berita sambil teman ayah dengan mama buka puasa , perlis banjir . kawasan arau dengan apa ntah lagi satu .yela sekarang dah bulan 9 kot , dah memang musin kan

ok dah dah tutup lappy . byeee readers :) selamat hari malaysia !

No comments:

Post a Comment

i love you all !!!!