Thursday, September 15, 2011

open house ( versi 2 )

assalamualaikum :) sekarang baru lah aku ada free time sikit nak update blog  ehek . yeeaa esok cuti cuti . petang esok nak pegi raya rumah dayah and maybe nak pergi rumah zaty . kesian zaty dari tahun lepas dia dah ajak datang rumah tapi aku jee tak dapat datang . kalau aku ada lesen kereta ke motor boleh lah aku pergi kan , ni nak kena confirm mama free baru boleh pergi .

hari jumaat minggu lepas 9 september 2011 aku ada buat open house . kali ni buat sekali jee , kawan mama ayah , jiran dan kawan aku . terpaksa buat awal sebab dua dua kakak aku dah nak balik u masing masing . tahun lepas angah dengan along tak ada time ayah buat open house .

kali ni event terpaksa dibuat pada waktu malam sebab esok pegi kita orang pergi perlis hantar angah . kepada yang hadir , terima kasih lain kali datang lagi ok ehek . thank you dekat afnan dan amal sebab sanggup ponteng tusyen semata mata nak datang open house aku . balqis ~ terima kasih datang , sian kau terpaksa datang tusyen setengah jam jee hehe jahatnye aku paksa paksa orang :DD

persiapan makanan semua semestinya disediakan oleh tentera . mama masak soto dengan nasi impit dan kuah kacang . along pulak buat fruit tart dan cheese tart . malam tuu makanan yang ada kambing bakar (menu wajib) ayam bakar dan semua bakar bakar lah . nasi dan mee semestinya ada dan hehe satu lagi menu wajib cendol paling sedap di seremban cendol karim . 4 kali aku amik cendol haha melampau kan ? daripada puasa hari tuu aku nak makan cendol tapi tak dapat finally dapat jugak ehek



meja semua dah pasang dari pukul 10 diaorang dah pasang khemah siap kan itu ini

VIP table
tetamu pertama 


cheese tart and fruit tart made by nurul farhana

abang yang setia menjadi tukang masak kueh tiau , tahun lepas pun dia jugak . abang ni masak ganas , nasib baik tak terbakar khemah haha 

kambing bakar ! ayah beli seekor kambing tau .apa yang sedap sangat kambing ni eyh ? aku tak penah makan langsung . tahun lepas ada kijang bakar tahun ni tak de pulak 

itu dia tokey cendol karim ! siap thumbs up lagi ok confrm sedap cendol dia . memang rezeki ayah kali ni , sebenarnya dia tak dapat jual cendol sebab santan habis tapi ayah punye pasal dia cari jugak santan

~wajah wajah ceria ~

balqis ~ munirah
ismalea ~ yusra
kak lang ~ bang ngah 
smile !

best friend forever mama dan anak anak mereka 
syarir ~ afnan 
nurul farhani ~ pearl
haha my fav ! gelojoh gile muka aku . yela time nii semua dah balik so apa lagi makan lah . nasib baik makanan still ada 
 ok tuu je lah cerita open house aku tahun ni . sorry kalau ada kawan aku yang aku terlupa nak ajak . hopefully tahun depan lagi meriah dan ramai lagi yang datang . ok bye bye :DD

No comments:

Post a Comment

i love you all !!!!