Thursday, September 15, 2011

Perlis ohhhh Perlis

open house hari jumaat , pagi sabtu kene pergi kl sebab mama ayah ada hal . along , angah , me dan paan pergi jalan jalan dekat wangsa walk sementara tunggu mama ayah balik . nak tengok wayang memang confirm tak sempat lah , so pergi karaoke jee lah . mood aku on that day suam suam suku so aku malas nak nyanyi . along jee yang over . amik satu jam tak cukup lain kali kena amik dua jam .

pukul 2 dah bertolak pergi perlis , masuk jee kereta semua tido dan semestinya ayah jee yang tak tido sebab dia lah yang kena drive . then sampai dekat R&R tapah berhenti makan makan beli buah sikit then sambung jalan . target kene sampai perlis before kedai seafood mona tutup ! mama kata nak tido kat alor star sebab kat perlis berapa jee hotel yang ada . tapi ahhh aku nak tido perlis sebab nak makan seafood kat sana . dulu first time pergi perlis aku try makan makanan nama dia udang cabai . ok jangan tanya aku kenapa nama dia pelik , tapi rasa dia mantop ok . kalau nak makan seafood pastikan perut korang kosong sepenuhnya , please try this memang mujarab .

sampai jee perlis terus check in hotel . then turun pergi makan seafood . dekat jeee jalan kaki 3 minit dah sampai . semestinye aku lah yang paling excited nak makan kat situ . bila sampai kedai tuu aku memang dah teramat bersyukur sebab tak ramai orang . tahun lepas kiteorang pergi ramai gila weyh , kalau dah ramai confirm lah makanan dia lambat sampai kan .


muka geram tengok udang cabai yang sangat sedap
aku suka tengok gambar ni and i dont know why

udang goreng tepung 
udang cabai 
tom yam

ketam ketam hehe my favourite tapi  on that day aku tak pandang pun ketam tuu sebab dah ada udang cabai
ikan siakap tiga rasa


mood makan aku kureng pulak malam tuu , nasi tak habis pun . selalunya mesti habis dan mesti curi sape sape punye nasi yang tak habis . maybe sebab aku dah rasa macam tak sihat , dari pagi tuu aku dah rasa nak demam .
ayah tengah borak borak dengan kawan dia . aku baru ingat nak balik hotel dulu suddenly angin kencang . kuat sangat sampai ada kerusi terpelanting . aku dah gelabah yela aku kan orang seremban mana biasa dengan tempat tuu . maybe angin tuu just angin biasa sebab aku tengok pekerja kat restoran tuu cool jee .



agak huru hara sikit time ni

time on the way nak balik hotel aku terpijak lumpur then haha apa lagi jatuh lerrr . nasib baik dah letak camera dalam beg kalau tak waaaaaa meraung aku tengok dia jatuh . habis baju dengan seluar kotor . rasa nak nangis jee tau . masuk hotel puas lah aku cover malu ohh -.-

malam tuu aduh angin kuat gile , dah lah aku duduk kat hotel yang dekat dengan laut . disebabkan aku penat sangat lena lah jugak tido . along ayah mama semua tak boleh tido sebab angin kuat sangat .

esok tuu ingat kan cuaca ok jee , rupenya angin lagi tambah pulak dengan hujan lebat . sejukk ohh ~

sekitar kawasan jeti perlis 
 lepas check out pergi rumah kawan ayah . grrrr sumpah bosan . aku sempat tido lagi kat sana . lepas tuu terus hantar angah balik u dia . around pukul 4 baru bertolak balik seremban .

esok tuu tengok berita sambil teman ayah dengan mama buka puasa , perlis banjir . kawasan arau dengan apa ntah lagi satu .yela sekarang dah bulan 9 kot , dah memang musin kan

ok dah dah tutup lappy . byeee readers :) selamat hari malaysia !

open house ( versi 2 )

assalamualaikum :) sekarang baru lah aku ada free time sikit nak update blog  ehek . yeeaa esok cuti cuti . petang esok nak pegi raya rumah dayah and maybe nak pergi rumah zaty . kesian zaty dari tahun lepas dia dah ajak datang rumah tapi aku jee tak dapat datang . kalau aku ada lesen kereta ke motor boleh lah aku pergi kan , ni nak kena confirm mama free baru boleh pergi .

hari jumaat minggu lepas 9 september 2011 aku ada buat open house . kali ni buat sekali jee , kawan mama ayah , jiran dan kawan aku . terpaksa buat awal sebab dua dua kakak aku dah nak balik u masing masing . tahun lepas angah dengan along tak ada time ayah buat open house .

kali ni event terpaksa dibuat pada waktu malam sebab esok pegi kita orang pergi perlis hantar angah . kepada yang hadir , terima kasih lain kali datang lagi ok ehek . thank you dekat afnan dan amal sebab sanggup ponteng tusyen semata mata nak datang open house aku . balqis ~ terima kasih datang , sian kau terpaksa datang tusyen setengah jam jee hehe jahatnye aku paksa paksa orang :DD

persiapan makanan semua semestinya disediakan oleh tentera . mama masak soto dengan nasi impit dan kuah kacang . along pulak buat fruit tart dan cheese tart . malam tuu makanan yang ada kambing bakar (menu wajib) ayam bakar dan semua bakar bakar lah . nasi dan mee semestinya ada dan hehe satu lagi menu wajib cendol paling sedap di seremban cendol karim . 4 kali aku amik cendol haha melampau kan ? daripada puasa hari tuu aku nak makan cendol tapi tak dapat finally dapat jugak ehek



meja semua dah pasang dari pukul 10 diaorang dah pasang khemah siap kan itu ini

VIP table
tetamu pertama 


cheese tart and fruit tart made by nurul farhana

abang yang setia menjadi tukang masak kueh tiau , tahun lepas pun dia jugak . abang ni masak ganas , nasib baik tak terbakar khemah haha 

kambing bakar ! ayah beli seekor kambing tau .apa yang sedap sangat kambing ni eyh ? aku tak penah makan langsung . tahun lepas ada kijang bakar tahun ni tak de pulak 

itu dia tokey cendol karim ! siap thumbs up lagi ok confrm sedap cendol dia . memang rezeki ayah kali ni , sebenarnya dia tak dapat jual cendol sebab santan habis tapi ayah punye pasal dia cari jugak santan

~wajah wajah ceria ~

balqis ~ munirah
ismalea ~ yusra
kak lang ~ bang ngah 
smile !

best friend forever mama dan anak anak mereka 
syarir ~ afnan 
nurul farhani ~ pearl
haha my fav ! gelojoh gile muka aku . yela time nii semua dah balik so apa lagi makan lah . nasib baik makanan still ada 
 ok tuu je lah cerita open house aku tahun ni . sorry kalau ada kawan aku yang aku terlupa nak ajak . hopefully tahun depan lagi meriah dan ramai lagi yang datang . ok bye bye :DD

Wednesday, September 14, 2011

Dont be the best , be the very best

Yaaaaah hye hye ok still dalam mood raya . Weeee semalam budak upsr dah start exam kan . Adik adik ku sekalian good luck ok

Kepada cousin aku danial dan aiman good luck . Akak yakin lah korang mesti dapat straight A punye . Trial korang pun not bad kan .

Teringat pulak time aku upsr dulu . Seriously tak de feel langsung nak exam . Aku just rajin buat homework tapi tak study . Macam mana nak dapat straight A kalau tak study ?

Lagi seminggu nak upsr baru aku bukak buku , time tuu lah baru nak mintak mama ajar buat karangan haha sangat merugikan . Bila fikir balik menyesal pulak . Belum telambat lagi pmr ada spm pun ada .

Lagi dua minggu weyy aduh . Sekarang ni no more gossip , borak kosong , jalan jalan tengok wayang ke apa duduk rumah study ! Actually ayah tak kasi tengok wayang , dia kata lepas pmr baru boleh jalan jalan . Last movie yang aku tengok transformers 3 . Ikotkan hati nak tengok spykids haiyoo 4D kot teringin gile nak tengok . Tak pe lah nanti beli cd tengok lah sampai muak .

Nanti aku update pasal open house dan my journey away to perlis ~

Saturday, September 3, 2011

open house versi 1

assalamualaikum :DD jeaayhhh still dalam mood raya lagi hehe . tajuk bajet macam banyak versi jee kan open house rumah aku . tak lah banyak pun 2 versi jee . bende ni dah jadi macam kewajipan tau . tiap tahun mesti buat 2 kali open house . versi 1 untuk family versi dua untuk kawan ayah mama jiran dan tak lupa kawan aku hehe .

to all my friends ! cooopppp jangan main ambush jee rumah aku ok nanti aku hidang air oren jee . better datang time open house rumah aku tau tau confirm kenyang habis korang nanti

yaaa sekarang dah pukul 11.45 semua dah tido aku sorang jee lagi tak tido . semua dalam kepenatan haha . tadi ada open house for family . tengah hari untuk family mama petang untuk family ayah . disebabkan sedara mara mak sedara segala keturunan aku lahh memang ramai penuh lah jugak rumah aku . btw event macam ni memang sangat fun , lagi lagi rumah aku memang famous jadi port makan makan ni hoho mama masak sangat mantop !

lol aku tak usik buku langsung hari nii , open house punye pasal kan . exam lagi sebulan poitttt kene study smart huh -.- cepat lah exam haaaa . pagi tadi  tolong mama prepare untuk open house . belum pape lagi aku dah kene siang togeyy , huh paling lah aku bosan buat tuu . aku lagi sanggup kemas rumah daripada kene siang togey .

menu open house kali ni lain sikit sebab selalu mama buat nasi minyak jee kan so kali ni tukar . mama masak nasi ayam , mee kari and yong tau fu . finally semua habis tak de yang membazir . kesian gile tengok kucing aku yang 20 ekor tuu kene kurung for the whole day . kesian my kiki and demok dia tido jee .


semalam bersamaan 2 september birthday kak dila so nak celebrate sekali lahh . grrrrr good good memang aku dah mengidam nak melantak kek . weeee bestnyeeee aku tak penah celebrate birthday dengan cousin tersayang . ok azam tahun 2012 nak celebrate birhday besar besaran nak kek tinggi tinggi haha

tiuupppppppp !
jyeaahh time ni memang kelakar , bila semua dah ready dah nyanyi semua time nak tiup tuu paan suka hatii je tiupp . then second time pulak najwa tiuppp . haiiyyyooooo amacii sian birthday girl


cicit vs cucu 
haha memang paling favourite aku ! pearl pearl cepat cepat kau kene tengok gambar niiiiiiiiiiiiiiiiiii



grrrr dah pukul 1 ok stoppp ! tido tido esok bangun pagi pagi buat homework gosok baju . aaaaaaaaaaa tidak isnin dah masuk sekolah . byeee :DD

Thursday, September 1, 2011

selamat hari raya (part 2)

yaaaa raya sebulan kan so sebulan ni cerita aku pasal raya jee lah kan . raya kedua tak lah pakai lawa lawa lagi hehe

tiap kali raya kedua ada satu tempat ni tapi aku dah lupa nama dia . kampung tuu kira famous lahh . tiap raya kedua orang datang beli ikan kat kolam dia . ayah kata sejak ayah sekolah lagi kolam tuu dah ada so lebih kurang 40++ lah umur kolam tuh





mama masak ikan tuu semua pergh superb sedap ! lepas zohor terus balik seremban . raya tahun depan kene lagi mantop hoho