Sunday, December 11, 2011

Happy Anniversary !!

happy anniversary mama ayah :)) hope your loves lasts and never dies ... we all love you muaaahhhh

eleh ayah nak posing candid lerr tuu


12.12.1897 ... ok on calculator semua ! tak pe biar akak kira kan yee , hari ni anniversary mama dengan ayah yang ke 24 . whoooaaaa 24 years babe , tak sangka i u alls kejap jee 24 kan . bermakna along aku dah semakin tua hahaha *jangan marehh ye embak fana hehehe . weyy bila kau nak kawin haahh long , aku teringin nak ada anak buah . jealous tau tengok akmal gedik depan rumah ni heboh dengan anak buah dia -.-

berdasarkan cerita yang aku dengar dari mama . dulu mama dengan ayah ni kawin errr dikira jodoh keluarga . family ayah dengan mama ada lah sikit bau bau hanyir bacang . paling best , mama kata first date dulu ayah bawak pegi zoo negara . kau ada ?? mama ayah  aku ada tau . dating kat zoo yee , motip ?? menghayati keindahan alam hahaha . alololo sweet nye apak aku bawak mama dating kat zoo . nanti i pun nak try buat first date kat zoo , mesti boleh masuk program serasi bersama tak pun masuk dating of the year ke huwahahaha ...

duduk renggang renggang bertambah sayang hehehe


seumur hidup aku , tak pernah aku tengok mama dengan ayah gaduh . setakat gaduh manja tuu ada lah . kadang kadang kawan aku cerita mak ayah dia gaduh sampai mak dia keluar rumah lah hape . alhamdulillah so far my parents was not like that :)) amin ... mungkin sebab sifat mama yang memang sangat cool dan ayah yang cepat gelabah , hangin pun boleh tahan jugak macam aku hahaha dan kesabaran yang terbatas . macam aku pernah cerita dulu , yang ayah lupa birthday mama . mama cool jee tak marah tak merajuk tak main lah sentap sentap ni . mama jenis yang memahami . mama faham kerja ayah macam mana , setakat lupa itu ini semua tu dah biasa .

kalau jalan jauh ke , mama tak akan tidur . mama memang akan jadi co-pilot ayah . semua siap , tisu , air kosong , buah , segala macam makanan mama mesti prepare untuk ayah masa dia drive , ayah tinggal bukak mulut je mama suap eeeeee tueettt nye ier .  jarang lah tengok mama tidur dalam kereta . kalau ada pun sekali dua jee . kalau ayah penat mama drive . aku rasa mungkin sebab mama anak sulung sebab tu ada sifat "berdikari" dalam hidup dia . dulu mama hantar along balik asrama kat JB mama drive sorang . pegi belajar kat IPOH mama drive sorang jugak . masa pegi perlis hari tu , mama drive dari perlis sampai  perak dan ayah aku yang hensem baca paper then terlelap . yelah penat tuu satu hari ayah dah drive dari seremban sampai perlis hari sebelum tu .

mama dengan ayah jenis yang tak suka membazir . tapi ayah ada sikit suka membazir hahaha . kalau beli sofa ke meja baru ke mesti pilih yang tahan lama biar sampai anak aku sok pun still berfungsi dan berguna lagi barang tuu . kalau shopping pulak , kalau ada benda yang nak beli je baru keluar . setakat window shopping ni haaah mintak maap lah yee harapan lah nak keluar . mama ayah tak pernah kedekot dengan kita orang (anak anak dia yang tomey dan tembam tembam) . adil dengan kita orang , semua mesti sama rata . ayah suka berkebun , sebab tu pokok bonzai kat rumah aku ayah trim baik punya . sama jee semua , lepas tu kolam ikan dia cun jee , rumput dia pulak hijau jee pantang nampak kucing cirit kat rumput aku libas kau dengan kayu golf kang hahaha . mama suka baca article kesihatan . mama mesti tegur kalau makan ni tak elok , minum ni bagus blabla . dari kita orang kecik mama tak kasi pegi sekolah bawak botol mineral yang plastik tu . mama beli kan tupperware sorang satu . dah bertahun tahun mama kumpul collection tupperware dia , penuh satu almari huwahaha


bapak nak pegi nikah ke pakk hahaha
HAPPY ANNIVERSARY :)) 

3 comments:

i love you all !!!!