Wednesday, November 30, 2011

kakak glamour

currently tengah merajuk dengan paan -.- serious merajuk sangat ni . mood sentap ni

punca : aku kat atas paan kat bawah

paan : (sambil jerit) bibikkkkk ! eyh silap alang !!jangan tutup suis internet !
aku : aku bibik ?? tak makan saman betul budak ni , kau dah makan ke belum aku suap sup kaki nak ? (berani marah dalam hati jee sebab time tu maghrib aku kan kakak yang murni so sabar jee heeee jgn jealous)


aku rasa siapa yang kenal aku dengan paan tau lah aku dengan dia macam mana . aku buaya dia sotong aku lapar aku makan dia hahaha gila apa buaya makan sotong free free je buaya cirit birit sebab tertelan apa tuu yang colour hitam ahhh aku pun tak tau . paling bernasib malang jiran aku lah kan , lagi lagi yang belakang rumah . hehehe hello aunty saya tau aunty selalu kan usya usya blog saya , we all ni buat kacau bilau kat rumah tuu untuk menceriakan hari aunty sebab aunty mesti bosan saya tengok rumah aunty asyik senyap jee , anjing aunty jee suka memekak bila kucing saya selalu mengedik dan menggendut  lalu dekat rumah anjing aunty . silap silap mati tak sempat mengucap kucing aku eeee tragisnya -.-

gaduh gaduh manja jee nii atototo
sejak aku dah besar ni errr jarang lah ngaduh dengan paan . tapi hari tu baru gaduh . aku dengan paan gila lah mengada nak ikut mama pergi kedai depan rumah tuu konon nak jalan jalan , aku dengan paan boleh jerit jerit "biar lah aku duduk depan kau kan dah selalu"   "ekeleh bila masa pulak asyik kau jee biar lah aku pulak aku kan kakak" last last well seperti biasa aku lah yang diarahkan oleh mama untuk duduk belakang . ehehhe teruknya perangai aku badan jee kecik tapi perangai masyaALLAH *serious badan aku memang kecik

dulu masa zaman kegemilangan aku kanak kanak lagi lah , sampai tumbuk tumbuk sorang lebam sorang luka . kepala aku pernah berdarah sebab paan ketuk pakai mainan free KFC tuu . sorang melalak sorang lagi ketawa macam mak nenek .  lepas tu mama ayah masuk kan kita orang taekwondo . errr mama ayah boleh jelas kan apa motif masuk kan kita orang kat sini ? apa lagi balik jee belasah lahh nasib baik rumah kat KL luas boleh lah kita orang buat maraton wakil olimpik time tuu .

kau tengok mata aku sebelah pandang camera sebelah pura pura juling . booo muka kau tak jadi lah paan


aku dengan paan memang dari dulu ada sifat "bersaing"
-taekwondo aku dulu tali pinggang biru dua paan baru kuning kahkah very the ketinggalan kau dik
-mengaji dulu aku dah al-quran dia baru muqadam
-kat sekolah aku kelas no 1 dia no 2 hahaha aku pandai sikit dari kau paan wakakaka
-english aku lingkup english paan super power *hahaha kau very the ketinggalan alang lalala

kau tengok , dalam kereta aku lepak dengan paan bhaii . nasib baik tak luas kalau tak kita org dah buat acara 400m berganti


sekarang dia dah besar aku pun alhamdulillah makin besar badan pun mengedik jugak nak membesar . sejak cuti ni naik minyak jagung betul kau yee paan , tv kau nak tengok ipad pun kau nak main . malam tadi aku baik punya membodek , sesi memujuk bermula sebab aku nak pakai ipad . ehem ehem *suara kasi lentok ok nyah

aku : paaannn boleh tak alang nak pakai ipad
paan : (muka tengah berkerut main metal strom)boleh tapi ada syarat
aku : memanjang dengan syarat kau , ok aku belanja slupeee
paan : aku tak layan slupee dah , nanti pergi PD bagi aku guna camera kau
aku : errr what ! aduhh dengan muka tak rela angguk jee lah

baik ohh aku dengan paan , tolong menolong mengeratkan muhibah adik beradik
we love NS awww <3

saingan yang sihat membawa keamanan dunia kan kan . *adoyai kantoi selipar aku dah kepam

Tuesday, November 29, 2011

ohhh lelaki !

hyee assalamualaikum :))

alhamdulillah baru dapat ilham petang tadi , paling tak tahan dalam toilet tengah mandi tiba tiba dapat ilham -.- ish ish syukur syukur . grrrr kenyang buka puasa makan maggie goreng with chicken ball terasa macam terbuncit pulak perut aku haih tak boleh jadi ni

sebelum aku setad entry ni , kita ni kan kan nak mintak ampun mintak maap kat lelaki lelaki encem encem kat luar sana kalau termarah , ter rasa , terkecil hati , tersentap , tersedak dan segala macam ter lah yeee .semua ni pendapat aku , lain orang lain pandanggan mereka . in here bukan nak kutuk but I'm saying the truth about man . don't take it wrong aku jamin semua positive :)) ok give me five ! yeeaaaa

bagus sangat ke ingatan lelaki ?

to me NO ! especially on simple things :

1)tarikh lahir (terutama girlfriend,mak, ayah,adik beradik blabla)
2)hari hari bermakna seperti tarikh declare couple atau anniversary
3)nombor ic (anak , isteri blabla kalau ic awek tak payah ingat kut belum tentu jadi bini nanti )
4)berapa umur anak (kalau belambak anak lagi susah nak ingat kut)
5)phone number (isteri , girlfriend,mak,ayah)

yaa nombor 1 aku paling setuju sebab tahun lepas ayah lupa nak wish birthday mama . ayah sibuk prepare birthday bos dia birthday bini sendiri lupa -.- ohhh lelaki . tapi mama chill cool jee tak marah pun sebab mama faham , ituu lah mama saya sentiasa cool sayang mama awwww

nombor 4 pulak aku setuju sebab aku ada baca satu novel ni , ayah budak ni kena panggil datang sekolah sebab anak dia ada masalah disiplin lepas tu ayah tuu boleh tak tau tingkatan berapa anak dia -.- eee teruknya

errr next number 5 ni penting tau tau , jangan tau save dalam phone kalau lah tiba tiba phone kau hilang dah tuu nak call bini tak ingat nombor kan susah tuu . bandi bandi awak ingat kan nombor saya hehehe bagus save in your mind ok kihkih

kedekut atau pemurah ? 

apa yang aku perasan lelaki yang merokok akan bersifat "kedekut" mungkin tak semua tapi ada sesetengah daripada anda . benda ni betul sebab aku ada kawan , ayah dia merokok kerja besar tapi ada sesekali ayah dia macam berkira dengan anak bini dia . dengan anak bini pun nak kedekut keee ohhh lelaki .
tapi hehehe ayah aku baik , pemurah terlebih . aku jarang tengok mama 'cucuk duit' sebab ayah mesti kata alaaa simpan jee duit tuu pakai duit abang . ecehhh romantic gila ayah aku ni , tapi betul lah makan ke beli barang shopping ke serba serbi lah duit ayah . hari tuu aku nak beli topup tapi terlupa bawak duit so mintak kat ayah aku mintak topup 10 jee tapi ayah beli 30 sampai sekarang tak habis habis .

seorang pemboros 

ok bukan nak kelas kan lelaki sebagai pemboros tapi lebih sopan sebagai kuat berbelanja . belaku kepada ayah dan adik aku yang suka beli branded . baju nak jenama ****** kasut nak ***** seluar dalam pun nak ******* dan ada lah lagi barang lain . lelaki memang tak boleh kalau kawan dia ada lebih sikit dari dia mesti nak lawan . tapi perempuan pun ada jugak sifat ingin bersaing tuu .

ambil mudah tapi protective

ada sesetengah ayah akan hanya ambil mudah pasal anak dia lebih lagi dengan anak lelaki .lantak kau lah nak keluar dengan siapa nak betumbuk ke jangan balik bawak polis datang rumah dah lah hahaha . alhamdulillah ayah aku tak macam tu , walaupun sibuk kerja tapi dia tak abaikan kita orang hehee sayang ayah awww .
protective errr ayah dengan mama kut , kalau keluar dengan kawan pun mama mesti tanya blabla kat mana blabla .ada sekali tuu saje jee nak test mama konon aku nak pergi tengok wayang kat  terminal1 hahaha terus kene marah , mama kata 'terminal 1' tempat 'mat rempit' hahaha aku gelakk jee . eyh dah termasuk cerita mama pulakk kihkih

talkative and friendly 

yang ni aku tabikkk spring lah , lelaki lebih peramah dari perempuan . lelaki kalau jumpa kawan dia perkara wajib 'mesti salam tangan' . aku dah lama buat kajian pasal ni jangan risau aku pasti  punya kajian ni hehe . kalau borak pulak grrrr tak payah cakap lah , mungkin kalau zaman batu dulu orang kata perempuan yang suka buat mesyuarat tingkap . tapi sekarang zaman besi kau pergi tengok semua kedai mamak kedai kopi tepi jalan kedai mak janda cun sape yang paling banyak datang ? ohhhh lelaki hahaha

membaca atau menulis 

errr yang ni susah sikit , sebab ada yang cenderung kepada membaca ada pulak pada menulis . tapi aku rasa membaca lebih tepat lah . contohnya majoriti blogger perempuan . tapi perempuan pun suka baca lah bukan suka tapi rajin membaca . ok nanti aku try buat kajian duduk kat mph atau popular . . . *memang keje aku nak buat kajian je lah ni

semuanya sudah tertulis dan takdir telah menjadikan kita sebegini ~

ok tukar mood kepada mood sentap tambah leleh yee . Allah Maha Bijaksana , Dia dah jadikan wanita sebagai seorang yang penyabar dan sebab itu wanita dipilih untuk menjadi seorang ibu yang sentiasa sabar dan tabah semasa melahirkan dan menjaga anak mereka . lelaki atau bapa ditakdirkan untuk menjadi payung kepada wanita , sentiasa melindunggi . apa pun semua manusia dijadikan sama , tapi bergantung kepada iman untuk menjadi baik atau buruk . manusia dibekalkan akal jadi fikirlah mana yang betul dan salah .

waaaaa apa aku ni , badan jee kecik pemikiran macam orang tua -.- *serious badan aku kecik
aduhhh otak ni dah penat fikir apa lagi point yang aku nak cakap tapi sampai situ jee lah kang banyak banyak korang bosan pulak hehe . again and again maaf yee kalau ada yang menyinggung perasaan sesiapa , sikit pun tak ada niat nak buat macam tuu . k boboi guys update next entry !

Monday, November 28, 2011

selamat pagi

hyeeeeeeee hello good morning , adoyaii aku ni tengah tunggu ustaz yang ajar ngaji . kata nak pergi pasar kejap jee ni lama pulak .

heeee nampak tak tuu header baru , hehehe 2 hari aku buat benda ni sebab nak download photoshop lagi adoyaii . dah tuu buat sekali tak jadi , buat lagi tak jadi jugak akhirnya jadi jugak syukur syukur . nampak simple well permulaan mana reti nak buat santik santik . errr kejap lagi sambung balik "mencantikkan" blog aku ni so biar meriah sikit .

btw , anyone please bagi cadangan nak update apa ni ? ohh man asal lah time aku free otak ni lambat sangat nak berkembang -.-

Sunday, November 27, 2011

KEKEJAMAN TERHADAP UMAT ISLAM

jyeeaahh assalamualaikum :))

aku pikir dua kali jugak nak buat entry ni . takut jugak karang blog aku dicop sebagai blog politik ajaran sesat hahahaha memandai jee aku ni .aku tak pasti fakta yang aku dapat ni betul ke tidak , kalau salah err korang salah kan web tuu lah sebab aku baca dan sampaikan jee

Guantanamo Bay . guantanamo merupakan pangkalan tentera laut Amerika Syarikat . aku pun baru petang tadi tau pasal tempat ni . sape sape yang ada astro boleh cari Australia Network . tempat ni menahan dan menyeksa umat islam yang bersalah eyh betul ke yang bersalah ? apa yang aku tengok tadi umat islam yang tak bersalah pun turut diseksa . bagi aku tak salah hukum yang salah tapi ikut kesalahan yang pesalah tu buat lah . dalam penjara dia letak banduan bersama seekor anjing so terpulanglah kat anjing tuu nak tengok jee atau nak kasi hapus banduan tuu . banyak lagi tapi aku tak tau macam mana nak cerita . mungkin korang patut baca ni :Guantanamo 

apa pun moga umat islam didunia ini akan sentiasa dilindunggi walau di mana jua kita berada , amin :))

Saturday, November 26, 2011

ringkas tapi bermakna


video yang penuh pengajaran dan mungkin akan menghijrahkan seseorang yang baik menjadi lebih baik . ending dia kawan dia jugak yang tersasar . ini kenyataankan , aku mengaku kadang kadang aku berdoa tapi tak usaha and it wont change anything . ALLAH akan membatu hambaNya yang berusaha dan sentiasa meningatiNya . salam maal hijrah semua :)) umur aku pun dah nak up up ni , berusaha untuk menjadi lebih baik hehehe dan berusaha untuk menghentikan tumbesaran lemak lemak yang nakal dalam badan aku ni hahaha

Wednesday, November 23, 2011

ceriakan hari hari anda !


jyeaahhh dah tengok habis ?? kelakar kan kan kan . thank you to dayah sebab memperkenalkan aku video ni . lately kalau aku moody ke aku layan video ni terus gelak sampai eardrum hehehe tipu jee tak lah teruk macam tuu . just sesuai lah menjadi bahan penenang jiwa yang lara cewaahhh kihkih

ogeyy ogeyy ogeyy yahhh ! kboi guys

Monday, November 21, 2011

Ucapan Penghargaan

jyeaahhhh haiiiiiiiiiii geng geng best sekolah aku *lambai lambai tangan . okkk masih sempat untuk aku ucapkan happy school holidays guys ! jadi mari lah kita manfaat kan cuti sekolah ini dengan perkara yang berfaedah yee kawan kawan , tak lupa jugak duit RM100 yang diterima oleh setiap pelajar sekolah dia malaysia ini manfaatkan lah duit tu yee . agak agak rasa macam 100 tu sikit sangat bagi jee duit tu kat aku kita share ok hehehe . 

secondly , nak ucapakan tahniah kepada pasukan harimau muda yang menang semalam . wahhh glamour hang paa semua naa paper hari ni cita pasal hang semua jee la haih *psss aku cakap loghat mana ni ?? kepada penyokong garuda weee sorry to say lah embak embak semua yaa , tak ada rezeki nak buat macam mana kan . apa yang dapat dilihat jelas terpancar riak kecewa pada muka bibik aku pagi ni selepas mengetahui Indonesia kalah -.- bibik chill jee ok lepas habis kontrak dengan kita orang bibik balik indon jadi coach untuk bola sepak pulak ok aku berani jamin menang . ok give me five sikit bik ! yeeaaa

semalam aku puasa hehehe alahai baiknya nak puasa bagai . lol aku puasa ganti lahh , lelaki best lah puasa full jee tak payah nak ganti kan . tapi belambak je lelaki yang tak puasa ish ish sungguh memalukan -.-

sejak mama balik ipoh aku semakin rajin pulak . selalunya kalau mama ada aku suka lepak tidur dalam bilik agak agak dah lapar baru turun makan . turun jee waahhh macam macam ada . sekarang ni aku turun jeee waaahhhh tudung saji je yang ada -.- hampeh betul

nak suruh bibik aku masak heeeeeeee sorry to say lah bik was was aku nak makan . hari ni aku punya mood rajin tu melambung lambung macam mail lambung pulak dah kahkah . so menu tengah hari ni ayam kicap , sambal sardin dan sayur hehe . ala ok lerr tuu kan asal aku boleh masak walaupun simple simple jee .

Sunday, November 20, 2011

majlis gilang gemilang terbilang dan berbilang

hello guys :)) assalamualaikum . hari tuu mama ajak pergi ikut mama hi tea dengan kawan kawan sekolah mama . aku dipaksa untuk ikut sebab nak kena ambil gambar . around pukul 3 macam tu baru kita orang sampai , sebenarnya majlis ni untuk meraikan perpisahan kawan mama cikgu rohana .

sampai terus makan , sorry to say lah food for hi tea tak berapa nak menarik sangat lahh . aku pun hanya melantak roti telur jee sebab tu je yang menggugat nafsu makan aku , macam tuu baik makan kan rumah jekk hehe . tapi alhamdulillah kenyang jugak kan

aku berani jamin weyh kalau korang duduk dengar apa yang geng geng mama ni borak kau pun mesti ketawa . kelakar gilaa very the happy geng betul lah .



ni lahh permaisuri lawaknya hehehe ayah panggil cikgu ni cikgu towel sebab dia jual towel , serious bebeh ni cikgu sains paling kelakar aku jumpa


hensem pulak paan dalam gambar ni haih mesti kembang semangkuk dia kalau dia tau aku puji dia nii . freedom gila cuti ni paan tak ada sebab ikut balik kampung hahaha aku lah ratu astro dan tv lepas ni weeeeee sukasuka :DD




ni lah antara cikgu yang up sikit pasal gadget , kau tengok tuu sempat lagi layan pesbuk . amik gambar then terus upload , aku pun tak pernah baut cenggitu well aku kan jakun mana layan semua ni ceehh
ni cikgu kauselor dulu dan aku pernah lah kena panggil kasi kaunselling sikit hahaha sikit jee ogeh

sesi borak pertama :)



tengok tuu dah ready nak balik pun then boleh pulak chill stay tuned kejap sambung sesi borak kedua 



ok this is what we call "i will be with you no matter what sayang" cikgu ni pencen awal sebab nak jaga husband dia yang sakit . 

kami geng bas sekolah weeeee peace yoo


tengok sendiri lah , mama aku pun kaki borak rupenya yeee . dah nak balik pun depan lift ni sempat buat sesi borak yang ketiga 

heeee ada pulok gambar budak saiz XXL ni kihkih , tutup muka malu malu hahaha plastik jee kau fani .

Saturday, November 19, 2011

pujaan hati ku ~

jyeahh hello good morning :) assalamualaikum kawan kawan , ohhh please lah fani jangan nak mengada sangat lah plastik jee lebih kau fani oiii *ada aku kesah aku plastik ke kaca hahaha

aku rasa ada something wrong kot dengan deria mata dan pemikiran aku . ok tak payah cerita bengkok bengkok kita straight jee supaya semua tak pening .

aku nak tanya korang kat dunia ni sape hensem ?? aku kasi 2 minit fikir . . . pastikan jawapan anda tepat !






1 minit 
















2 minit 












ok dah cukup cukup , biar aku teka jawapan korang . salah satunya mesti apa itu k-pop nama dia orang maaf yee sorang pun aku tak kenal . dan aku pasti ramai cewek cewek diluar sana dan termasuk lah kawan kawan aku , ada tu sampai sanggup beli majalah cari punya cari gambar yang encem encem tampal dalam bilik kalau boleh dalam toilet pun nak letak kan . kalau tempatan pulak mesti korang pilih aron aziz kan alaa bapak aku aziz jugak korang tak minat ke ?? then ada lah lagi shahizey sama eyh betul ke aku eja ok tak pedulik sebab aku tak minat dia pun -.-

i'm sure yang semua orang terutamanya perempuan akan meminati lelaki yang encem , muka putih melepak , body pulak tak boleh gemuk nak yang ala ala tiang TNB gituh lepas tuu kulit kena clean and very the clear pastikan tiada jerawat . errr apa lagi eyh ?? agak agak tak cukup senarai aku boleh lah tambah sendiri  nak padam pakai liquid pun ok lah tu pun kalau dapat hahaha

bagi aku lahh , baru sekarang aku perasan . ciri ciri lelaki hensem dimata aku : (panjang ni so kena buat senarai) 

~muka yang banyak jerawat itu lagi hensem alololo comelnya jerawat awak hehe suka suka 
~body kene ala ala biggest loser sikit tapi ala tak mau lah yang berat melampau , tembam tembam sikit lepas tu fuuhhh muscle ketul ketul nyah nanti senang kalau aku pengsan mampu lah dia nak angkat aku yang berat 50++ 
~putih ke hitam manis ke tak kisah sebab aku pun bukan lah putih melepak 
~lebih tinggi dari aku kalau tinggi seinci dari aku pun masih diterima
~lelaki yang memegang prinsip "family come first" maksud aku lelaki yang sayang family dia lebih dari aku lah . ceeehh berangan pulak kau fani ,  ala pagi pagi ahad apa salahnya kan
~lelaki yang pembersih and very the caring heeeeeeeeeeee i like 

eyhh korang mesti pernah tengok cerita kelassss kau fani eyh no no silap kelasss kau maria . fuhh fokus kepada fir afandi bapak lah weyy hensem poit . tak percaya pegi lah search kat google .  muka walaupun ada jerawat tapi comel heeeeeeee peace yo :DD 

kalau kat sekolah tuu hehe ni memang hobi aku dengan balqis lah . asal nampak senior yang muka berjerawat then mula lah kata eeeeeeee hensem nya , tapi tak berani lah nak cakap depan depan . bukan suka pun kat orang tuu just tersentap sikit sebab tengok jerawat dia hahaha . tapi dah sangkut dengan sorang jee lah hehe jerawat hang pulak fuuuhhhh susah mahu dibilang mas ~ 

hehehe gurau jee jangan marah yee awak dan awak awak semua , sajee jee buat terjah pagi pagi ni .

Wednesday, November 16, 2011

Kami Ganas tapi Jiwa Kami Lembut (part 2)

situasi part 1 berlaku sebelum rehat , lepas dah kenyang perut melantak mee sup naik makmal balik sambuk kirja(kerja) . dah kenyang duduk borak borak enjoy sikit layan video matlutfi90 hahaha terus hadam mee yang kita orang makan tadi .

muka semua tekun jee haha tau lah matlutfi tu hensem kan kan haaaa suka lerrr tuu . dah bosan lepak kat dalam kita orang keluar konon nak sambung colour lah last last hampeh .

mempersembahkan ~ this is what we call tak ada kerja buat kerja

we love biology ! SPM !
zoom kat budak baju hitam grrr macam terencat betul -.- 
muka annoying gila tambah pulak mengantuk dohh ! 
besar vs kecik / buncit vs kempis hahaha style kan
aksi ini menunjukkan reaksi MENAHAN KENTUT *bucuknyeeee
bajet nak jadi boboiboy lerrr tu 
ini lah akibat terlebih makan kicap pedas dalam mee sup masa rehat tadi
jangan tiru ! aksi ni acap jee reti , ala ala model tangga yang tak berapa nak hot cenggini tau 
aku tak paham asal ramai gila awek nak kat kau akmal padahal perangai kau macam keanak anakkan hahaha :DD
hehehe selit gambar iter cikit kat cini jangan marah awok 
panda kena buli dohh , muka pasrah jee 
grrrr ada unsur gay pulak gambar ni , ok tutup mata semua -.- masyaALLAH 

pinggang aku kecik , kau ada ? 
gambar ni best , mula mula akmal dengan munirah konon nak bergambar bedua jee , kembar sikit  . well kita orang dengki nak menyemak haha



guys i really love you all , korang memang best suka buat gigi aku rasa nak tercabut semua jee gelak . to me without friends our life is full of sadness :))

Kami Ganas tapi Jiwa Kami Lembut (part 1)

assalamualaikum :DD

jyeah tak sangka pulak minggu ni last sekolah , lepas ni cuti panjang dan bermula lah kisah cerita bangun lambat aku kahkah . semalam aku saja je bawak camera , kira macam nak sedih sedih lah sebab lepas ni dah tak sama kelas cehh .

macam biasa lah model model sampingan serta tambahan  tidak berbayar semestinya budak budak 3 durah yang lagi kecoh serta berjiwa keras . we all sejak PMR habis ada job baru , kena kemas dan renovate makmal bio . well teacher aku kan cikgu bio so teacher tolong mintak tolong we all untuk cat dinding sepanjang jalan ke lab bio . buat benda tu punya lah lama padahal sikit je well semua borak je lebih buat keje sikit hehe .

sejak we all ditugaskan buat mural kat lab bio , hari hari mesti pergi sana . dan kalau ada aktiviti form3 we all tak akan join . macam hari tu ada ceramah we all semua cabut lari pergi lab bio and in case terkantoi boleh lah cakap "teacher maznah suruh tunggu kat sini" ok baik punya cover .

aku pun malas nak cakap pape sebab memang dah tak tau nak cakap pape , just nak tunjuk gambar semalam sebab aku kan dah tak ada fb kesian pulak kat diorang tak dapat tengok .


fuuuuuhhhhh itu dia director lah konon kan , afnan ketua segala projek mural we all . muka cool je 24/7 tak pernah nak marah -.-



while painting we all ada macam penghibur lah , radio tak ada guitar pun jadi lah . sorang petik guitar sorang nyanyi lah walaupun suara tak sedap macam greyson chance hahaha nak jugak selit greyson . gadis berbaju hijau ok semua jangan silap itu bukan Najwa Latif tapi DG yang bermaksud Dayah Ghafar hehehe peace yoo jangan marah babe :DD


ok selain nyanyi dan guitar kita ada peserta maharaja lawak wakil STAD yang sampai sekarang tak pernah menang sebarang pertandingan lawak . akmal posing dah macam ???? ok malas nak cakap karang ada yang marah hahaha ok mal chill ok kita jiran jangan marah gurau itu style kan kan kan

pond ecosystem


acid rain tapi rain dia belum siap hahaha


zon paya tapi dalam bahasa biologi dia haha sila lihat diatas 


ok 3 gambar di atas projek kita orang , mungkin tak secantik mana sebab we all memang first time buat dan dipaksa dan terus dipaksa untuk buat walaupun tak reti . semua hasil budak 3 durah hehe

makcik tumpang lalu jap yee nak ~ ~ ~ ~ hahah ok saje selit selit sikit asyik gambar korang jee nak juga gambar aku kan kan heeeeeeee

masa gambar kat atas tu sebenarnya aku tengah sibuk colour dinding , we all semua borak borak suddenly kawan aku lea jerit : AAAAAAAAAAA korang katak katak !!!!!! dan muka aku errrrrrrr what KATAK ? lol apahal ni ! rupa rupanya hari ni budak bio ada projek bedah katak eeeeuuuukksss -.- semua dah masuk lab nak tengok macam mana bedah katak . AMARAN kalau ada yang rasa tersangat sangat pengeli katak sila jangan lihat gambar di bawah .

anybody ? please kiss me pleeeeeaaassss 
ini katak yang paling besar , ada group cina dari kelas bio ni beli then dia letak dalam bakul yang hidup hidup then pembantu makmal pengsan kan katak ni . katak tu harga dia 15 hinggit grrrr sangat tak bepatutan baik kau beli mcd lagi sedap
ni katak yang sekolah beli , tak terlampau besar sederhana je besar . lol sumpah aku tak pandang screen laptop masa tulis pasal katak ni . pandang bila perlu je haha

hancur katak tu jadinya haha , siapa nak celup tepung then goreng cicah dengan sos chili jenama life 

lol ok sikit je cerita pasal katak , aduh kebetulan pulak time aku bawak camera ada pulak katak kan haiyoooo . semua gambar pasal katak bukan aku yang amik . aku mintak akmal yang amik sebab aku tak sanggup nak tengok . nasib baik ni bukan katak yang jenis kulit kedut kedut eeeeeeeeeeeee sumpah geli dohh . balqis sempoi gila boleh pegang katak tu tak pakai sarung tangan pun hebat kawan aku berani thumbs up sikit



tabik spring kat akak akan ni sebab berani buat benda benda ni semua , syabas saya ucapkan ye . kalau aku ? hahaha aku bakor jee katak tuu abu dia buang dalam jamban flash selesai . btw girls from biology class semua cun cun poit jealous i nyah , dah lah cun berani pulak haih syabas yee lagi sekali .

nampak tak senyuman penakut katak aku ? 

ni geng penakut katak aku hahaha , lol apa korang ni kata lelaki . umar paling over kau paling besar kau pulak yang melebih geli katak . orang semua sibuk tengok katak kita orang posing maut jauh jauh dari lokasi pembedahan katak .