Saturday, October 29, 2011

broga ohhh broga

assalamualaikum :) masih dalam mood penat campur sedih campur kecewa campur marah campur menyesal bersamaan dengan AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA huh -.-

minggu lepas izzati ajak join dia pergi naik gunung dato , mama dan ayah pun dah kasi green light . then hari rabu atuk dan wan datang rumah mama pun cerita lah yang aku nak naik gunung . malangnya atuk dan wan telah membangkang -.- malam tu pulak mama pun kata kat aku tak payah lah pergi bahaya hujan sekarang ni . mama kata sabtu nanti which is today nak pergi wedding dan lepas tu boleh pergi shopping . aku pun haih nak gunung buat penat je so baik pergi shopping kan .

keputusan telah pun dibuat aku tak ikut aktiviti tuu . hari jumaat which is semalam balqis call dan dia masih cuba memujuk aku untuk join tapi bukan dekat gunung dato dekat bukit broga . time tuu aku memang dah sangat confuse mana satu aku nak pergi ni . BROGA ATAU SHOPPING ? pikir punya pikir aku pilih broga . walaupun pilihan telah dibuat tetapi otak ni still fikir betul ke keputusan aku ni ? sempat lagi kalau nak ubah fikiran . 

pagi tadi awal jugak aku banggun , pukul 5.30 bangun mandi siap siap breakfast minum susu jee . HAHA style jee nak naik bukit minum susu . bekumpul kat sekolah dalam pukul 7 baru bertolak . empat kereta yang pergi . sampai sana jee waaaahhh ramai gila maknanya kita orang jee lah yang lambat sampai -.-

aku tak ingat pukul berapa kita orang start mendaki , mula mula bersemangat lah jugak sampai suku dah macam pancit . time kita orang naik ramai yang dah turun , maybe dorang naik pukul 6  lebih untuk tengok matahari terbit .

naik naik dan terus naik sampai satu stage aku memang dah betul betul pancit , aku kata dekat aqis dengan zaty korang naik lah bedua aku tak larat -.- haha korang semua patot tengok muka give up aku kahkah . aqis kasi aku makan chocolate sebab dia kata kasi tenaga sikit , bukan chocolate jee asam gula gula semua dia kasi haha . aku rasa nak muntah pun ada . dengan bersemangatnya aku teruskan juga sampai puncak . sampai puncak jee ada orang sambut kita hehe sukasuka :DD

HAHA lupa nak cakap kita orang bukan pergi bertiga jee ramai sebenarnya , ni event kelas form 4 kelas cikgu which is ayah izzati . so izzati ajak lah aku dan balqis sekali .

screen canon aku pecah sebab terhentak batu :'( aku lupa nak cover dengan tuala . aku terpaksa letak dalam beg sebab aku kena naik bukit yang curam pakai tali . sampai kat tempat rata aku dah penat sangat bersandar kat batu sampai lupa dalam beg ada camera puuuppp haha aduh tuhan jee tau betapa hancur nya hati aku bila tengok screen retak . masuk hospital lahh kau wahai canon

every body smile !!!

up up we go yahooo :)

muak excited nak naik bukit broga 

alolo baru 15 minit naik dah muncung muncung anak dara dua orang ni 

stage kedua 

laluan untuk ke puncak broga 

yeeeaaa berjaya sampai ke puncak bukit broga ! 

ok jangan cakap banyak senyum citit heeeeeeeeeeee :))

semua muka letihh jee HAHA 

ok walaupun ada kemalangan jiwa eyh silap kemalangan tak lah jiwa sangat tapi tak pe aku redha jee . ni tengah pikir ayat lagu mana cek nak habak kat bapak pasal screen retak .

kat atas bukit tadi aku temgok ramai jugak yang buat kerja amal bawak plastik sampah dan kutip sampah sampah kat atas bukit tuu . ok thumbs up rakyat malaysia memang prihatin :)

brogaaaaaaaaaa nanti i datang lagi ok !

Friday, October 28, 2011

simple but nice

weeee assalamualaikum :D

grrrr kenyang , makan tengah hari pukul 4 haiyoo teruk betul . petang semalam ada jamuan kelas untuk 3Durah . lokasi sepatutnya ialah lake garden seremban tapi last minute terpaksa ditukar kerana keadaan cuaca di seremban sekarang hujan dan petir . teacher takut apa apa buruk yang berlaku so dia buat keputusan untuk buat di kelas .

semestinya ramai yang membangkang kerana lokasi ditukar . tapi bila fikir balik betul juga , karang tak pasal pasal kena panah petir haha . dengan hati yang tak berapa nak rela kita orang ikut sahaja , yang girls dah siap kemas kelas .

jamuan start pukul 3 , since kita orang semua balik pukul 1.20 so siapa yang rumah dekat mengambil kesempatan untuk balik dan tukar baju . aku memang terpaksa balik sebab aku diamanahkan untuk membawa muffin . agak kelamkabut jugak lah aku semalam . yela farewell tu start pukul 3 dan aku apa pun tak buat lagi . ingat kejap ke buat muffin .

balik tolong mama buat muffin dan aku pun terus bersiap sebab memang dah lambat sangat ni , dengan diorang semua dah call aku suruh cepat konon lah katanya jamuan dah start . aku punya lah bengang bila sampai teacher pun tak ada lagi , yang diorang cakap dah start tu apasal aduhaii eeeeee geram .

semua dah ready and let start the party !!!!!!!!!! haha . balqis dipaksa untuk menjadi MC . sambung pulak dengan ucapan , doa dan upacara memotong kek . sedih gila aku tak rasa pun kek . semalam aku makan sikit jee , budak budak ni semua makan tak ingat dunia . yang lelaki lah paling teruk semua benda nak ambik . macam kat rumah tak de makanan jee -.-

walaupun majlis ni kecil kecilan jee tapi memang best , gelak gelak dapat hadiah pulak . weeee aku dapat shawl haha jimat duit tak payah beli shawl baru .

setengah daripada pelajar 3Durah*Chinese was not there
sila fokus pada yang baju hitam HAHA aku lah tuu buat air , air aku kaww kaww punya terangkat babe

atirah yang ditugaskan untuk membuat cappuccino dan aku tak sempat nak merasa sedihnya -.-

balqis yang sangat teruja dengan muffin choclate aku , sampai sedih sebab dia tak sempat nak tapau muffin haha 

KFC merupak menu special , makanan tambahan lain seperti mee hun gorang , nasi goreng , satay , buah , kuih dan lain lain jugak disediakan

the boys ! 

sebenarnya nak snap gambar aku sorang jee then budak budak betuah ni pegi masuk pulak sibuk jee

my favourite ! style gila credit to akmal azim :)




keja asyik nak snap gambar lompat jeee , kau bayang kan diorang ni main lompat lompat padahal kelas dah lah paling atas sekali . nasib baik tak jatuhh -.-

banyak lagi gambar , semua dalam FB . so hehe rajin rajin lah cari fb saya yee . excited sangat esok aku akan pergi ....... haha biar kan kosong . nanti aku update lagi haha .

awak awak saya nak buat surprise untuk awak mesti awak suka . hehe saya tak sabar nak jumpa awak esok :)

Thursday, October 27, 2011

living as a family

jyeahh assalamualaikum :)

aku tak pernah nak cerita pasal kelas aku kan hehe , bukan tak nak cerita tapi kena tunggu masa yang sesuai dan ini lah masa yang sesuai . pejam celik dah 3 tahun aku berada dalam alam sekolah menengah . daripada aku form1 sampai form3 alhamdulillah aku masih stay dalam DURAH .

bagi aku masa form1 dan form2 tu biasa biasa jee tak ada yang menarik . tapi masuk form3 rasa semasa berada dalam kelas tu memang lain . sekarang kita orang lagi rapat tak kira lelaki perempuan dan bangsa apa sekali pun . lagi lagi dengan teacher maznah yang sangat cerewet tapi best . thumbs up teacher :) HAHA

sejak PMR habis aku jadi rindu masa belajar dengan korang , masa kita gelak , borak borak , buat mesyuarat tingkap sama sama . aku tak tau nanti masa form4 aku dapat ke kawan kawan macam korang ?

kita selalu happy sama sama kena marah pun sama sama . hampir semua cikgu pernah marah yang memang tahap maximum lah , aku rasa korang paham apa yang aku cakap kan hehe . well budak 3Durah memang mulut tak reti nak stop langsung . disebabkan bising yang teramat lah kita selalu kena marah kan kan . bila dah kena marah dah kena ceramah sikit mula lah insaf kejap lepas tuu mula balik potpet kita HAHA .

alhamdulillah dulu hampir tiap minggu kelas kita memang kebersihan kelas , bagi aku bukan senang nak cari classmate yang boleh bekerjasama . mungkin ada sesetengah kelas hanya kaum perempuan yang rajin kemas yang lelaki tahu buat sepah jee ish iish .

walaupun ada yang tak suka dengan kita , mungkin mereka ada sebab dan mungkin juga 3Durah yang ada buat salah . disini aku mewakili pelajar 3Durah ingin memohon maaf sekiranya ada kelakuan kami yang membuatkan korang rasa tak puas hati . kalau pandai tapi hati asyik nak dengki jee tak guna jugak :)

aku pun tak tau macam mana nak tulis kenangan kenangan 3Durah , nak tunjuk video tak ada pulak . susah nak luahkan kegembiraan itu dengan kata kata .

aku rindu hari hari sebelum PMR kita semua belajar sama sama , semua busy study sampai tak nak borak langsung HAHA . 3Durah i miss you so much , i love you so much .

nanti kalau ada yang pindah jangan lupa aku tau , kalau lupa aku tendang korang lajulaju . i love you guys <3

Sunday, October 23, 2011

cool down babe

jyeeaaahh hehe baru lepas balik main badminton dengan ayah , mama dan paan . to my along sorry mok aku tak bawak phone tadi ,sorry tak reply text kau dan buat masa ni aku malas nak mesej siapa siapa :D lepas main badminton pergi tesco kejap semata mata nak beli susu dan roti . padahal 7E kat depan rumah pun ada . mama kata tak apa sekali sekala jalan apa salahnya

aku ada satu masalah yang aku tak tau macam mana nak kawal . macam tadi aku kalah game badminton dengan paan , bila paan dah score 20 aku baru 19 aku terus jadi give up dan malas untuk terus kan game walaupun aku tau aku masih ada harapan untuk menang . masalah aku dalam mana mana game yang aku join sekali pun aku selalu moody bila aku dah mula nak kalah . masa darjah 6 dulu masuk bola jaring lawan dengan sekolah mana aku tak ingat , point sekolah tuu dengan sekolah aku memang dah jauh sangat memang mustahil lah nak menang . aku pun dah mula buat perangai main tak bersemangat sampai coach aku perli bila sekolah aku kalah -.-

aku selalu didik diri aku ni untuk sabar , jangan cepat mengalah . tapi kenapa aku selalu gagal kawal perasaan aku -.- sampai kadang kadang aku tak nak kalah , aku nak sentiasa menang supaya aku tak cepat mengalah . result PMR ada lagi lebih kurang sebulan setengah untuk keluar . sejujurnya aku takut sangat , aku takut untuk kecewa dan aku tak sanggup nak kecewakan mama dan ayah lagi.

tagged !

aduh ni semua kerja budak cicit si ila ni . ikut kan hati nak buat bodoh jee tak payah peduli walaupun ditagged HAHA kejam betul -.- sekarang pun memang dah bosan so update jee lah pasal ni . sekarang menunjukkan pukul 4 dan aku baru bangun tidur . aku tidur pukul 12 sampai 4 . Ya Allah -.- jangan contohi aku hehe . ala bukan apa ngantuk lah , pagi tadi aku tidur pukul 3 pukul 6 dah bangun . ni kira macam ganti tidur lah kahkah

11 things about me :DD

- nama aku yang sangat simple semstinya Nurul Farhani bt ab Aziz
- im form 3 of course 15 years old
- lagi berapa bulan jee 20 januari 2012 genap umur aku 16 , sweet 16 lah konon ni kihkih
- body shape aku err tak tinggi tapi chubby sikit hehe *gempal itu style
- seorang perempuan yang gemar tidur haha *tidur boleh buat aku tenang
- i love food ! any type of food which is HALAL  *tak rugi kalau nak bawak aku keluar makan sebab memang tak kan membazir
- kurang bersukan tapi suka main badminton
- sekolah di SMK TUNKU AMPUAN DURAH *hidupp HB haha
- sangat suka akan kanak kanak lagi lagi baby *alololo comel awww <3
- lebih cenderung kepada berjimat duit tapi bukan kedekut huhu
- pencinta novel yang sangat tegar haha

what is your favourite candy ?
cadbury of course <3

what is your true love name ?
errr MR. A aaauuchhh

rejection or confession ?
confession is better

facebook or blogger ?
blogger because FB doesn't meant anything to me now

school or home ? 
rumah ku syurga ku

camera or iphone ?
camera , ohhh ila you know me well

friends or partner ?
friends :D

mcd or kfc ?
i love burger so i love mcd

pizza hut or domino ?
domino is different from others

hate you or love you ? 
ok love you sikit hehe

Saturday, October 22, 2011

hope

morning happy sunday :)

ok mood tak berapa nak happy actually , tapi tabah kan juga hati ini untuk ceria hehe . malam tadi around pukul 3 baru aku tidur . something just happen dan aku pun kira macam 'tak de selera' nak tido HAHA . apa punya masalah kau fani tido pun nak kena ada selera ?!

aku minta maaf , aku mengaku aku yang salah . aku yang terlampau melebihkan orang X sampai lupa orang Y .kau memang dah salah faham sebenarnya . aku bukan macam apa yang kau cakap . ok aku bagi kau masa untuk 'chill cool relax' otak kau yang serabut tuu hehe .

satu lagi aku dengan paan sedih sikit sebab tak jadi shopping :( mama ayah nak pergi wedding sape entah . sian paan sibuk nak beli birthday present dia . aku pun dah lama tak jalan jalan . sejak PMR habis ni bertambah bosan pulak , FB pun aku rasa nak deactive balik tapi alahai susah betul nak buat keputusan . nak keluar dengan sape pulak aku nak keluar

ohh yaa next week ada dua event best hehe excited ni . menghitung hari jee ni kahkah . malam selasa ni mak lang dan pak lang akan berangkat ke mekah untuk menunaikan haji . mak lang jangan lupa beli inai yee hehe mengidam pulak nak pakai inai :D

for all the things i've done and said  for all the hurt that i've caused you i hope you will forgive me baby cause that wasn't what i meant to do

musuhnya habis binasa

jyeahh baru lepas habis tengok bolah dekat stadium paroi bersama ayah dan paan . penat best gempak semua ada . kali ni tak kecewa sebab menang hehe . ni game yang kedua aku tengok . first game dulu T.TEAM lawan NS jugak tapi kalah .

aku rasa sangat sangat rugi sebab tak bawak camera -.- niat memang nak bawak tapi bila fikir balik kang pape jadi susah pulak . tak pe lain kali confirm aku bawak .

ayah kata lepas maghrib dah jalan . aku memang dah agak dahh so aku dah prepare mandi awal awal iron tudung and blabla . sampai sana parking dekat area ijan burger . masyaALLAH jauh yang amat , nak kena jalan aduh letih aku . sampai stadium tempat pulak dah full so terpaksa lah duduk bawah . agak terbatas lah jugak pemandangan .

around pukul 7.45 stadium dah full , ok kau bayang kan satu stadium paroi penuh . carik lah ruang kosong tak kan jumpa punya . macam biasa macam macam bunyi ada tadi . paling best masa player NS tengah buat warm up satu stadium buat ombak . sumpah cantik !

lepas nyanyi lagu negara ku ada supporters yang dah start buat hal baling mercun and main api . lepas tuu amik kau keluar group FRU haha . dah macam group zombie pun ada kahkah . game pun start macam macam aku dengar . paling kelakar makcik belakang aku sibuk dengan Alif die . alif main elok elok yee alif jangan gopoh gopoh , akak sentiasa sokong kau dik  . aduh kelakar kan makcik tuu , laki dia kat sebelah tapi dok tehegeh hegeh panggil alif . paling best bila makcik tuu nak cakap" ok good alif clever boy " tapi dia asyik salah sebut clever boy jadi clear boy . aku dengan paan pun macam haaiihh makcik ni SPM english problem ni HAHA *ok jangan marah makcik gurau jee

game yang pertama mengecewakan penyokong NS . time tuu aku pun dah haiiihhh kalah lagi lahh ni . then game kedua lagi menghampakan apabila T,TEAM berjaya menjaringkan satu gol walaupun hanya mempunyai 10 pemain . lepas tuu NS dah mula menjaringkan gol . bergegar lah satu stadium .

tiga minit yang terakhir ada dua pergaduhan . ayah kata tak guna otak betul main sebab dia gaduh tuu boleh menyebabkan kemungkinan NS tak masuk final . come on lah lagi 3 minit dan kau dah confirm masuk final nak gaduh apa . haishh mental kena kuat lahh  .

then dahh preeeeetttttt yahooooo sah masuk final so see you all at shah alam ok haha . then before keluar stadium ada penyokong yang pengsan . bagus lahh tuu siapa suruh cari masalah . yelaa kau yang baling mercun kau sendiri lah yang kena .

masa jalan nak balik , kena naik bukit aku memang dah biasa jalan kedek kedek tapi ayah buat braise walk pulak dia . ayah kata kena cepat supaya tak stuck dalam jam . ayah tarik tangan aku paan pulak pegi tolak badan aku . hero dua orang ni memang kejam yee . dalam kereta aku dengan paan perli ayah sebab kali nii ayah kecoh gila tengok bola . sampai tendang kerusi hahaha . selalunya ayah diam jee , ayah kata diam sebab jaga status haha .

so semua penyokong NS kasi penuh stadium shah alam ok haha hobin jang hobin :D

Friday, October 21, 2011

kejam sangat ke manusia sekarang

sekarang ni cerita mak buang anak dah macam goreng pisang panas jee . macam hari tuu ada mak yang campak bayi dia dari tingkat berapa aku tak pasti . dia yang mengandungkan anak  tu tak kan lah tak ada sikit pun rasa sayang kat nak tuu ? kalau tak nak anak tuu kasi dekat aku biar aku jaga , aku pun memang free jee tak buat pape pun sekarang hehe .

aku rasa lahh mungkin mak tuu anggap anak dia sebagai beban . tapi entah lahh kita tak tau apa yang sebenarnya . mungkin ada rahsia yang mak tuu simpan atau mungkin mak tuu tertekan dengan keadaan dia sekarang .

aku selalu tengok kucing kucing aku belambak dekat rumah tuu . sekarang jee dah hampir 20 ekor . sekarang dah ada new mummy hehe yeeaaa comel jee anak dia suka suka . aku selalu suruh ayah jual jee semua kucing ni tapi biasa lah bapak segala kucing tak kasi (paan si bapak kucing). aku suka kucing tapi tak nak lah banyak sangat . buat serabut rumah jee .

ok dahh melalut pulak . aku suka cara binatang jaga anak dia . binatang terdekat semestinya kucing . aku dah lama buat experiment pasal 'benda ni' dah akhirnya berjaya haha . ok aku ada seekor ibu kucing ok bulu dia cantik macam ala ala serigala gituu . nama dia aku tak sure sakura kot . dia bunting dan ada 5 anak . aku tak tau apa masalah dia , sorang sorang anak dia mati . kadang kadang aku tengok dia malas nak kasi anak dia susu dia biar jee anak dia melalak . then , anak dia hanya tinggal 2 ekor . nama dia mimi dan demok . mimi dengan demok memang kontra . demok lebih comel dah gemuk , mimi pulak kecik jee kurus .

suka tengok demok selalu gurau gurau dengan mimi . rapat gila kalau tido pun mesti nak sama sama . kalau mimi hilang demok mesti mmeeeaauuu carik adik dia . one day mimi mati . ok memang aku tak sedih langsung tapi macam kesian jugak . sejak mimi mati mak demok tak heran demok . mak dia which is sakura selalu tak balik rumah . suka jalan jalan aku rasa dia carik lelaki lain . haha kelakar jugak kucing ni .

demok macam jadi anak yatim pun ada haha . nasib baik ada kucing lain so dia boleh lah menumpang kasih . dalam banyak banyak kucing demok lah paling kotor dan comot . dulu dia comel tembam . aku tau kenapa dia comot dan kotor . kalau korang perasan mak kucing mesti jilat kan anak dia menanda kan yang dia sayang anak dia dah dia sedang menjaga kebersihan anak dia . demok kotor sebab mak dia tak pernah nak jilat kan dia dan mingkin mak dia tak pernah nak ajar dia bersihkan diri sendiri .

kucing aku yang lain tak ada pun yang suka duduk dekat dalam tong sampah . tapi demok suka duduk dalam tong sampah . macam dah jadi favoutite port die tong sampah tuu .mak yang baik pasti tidak akan mengabaikan anak anak nya . kesian pun ada aku tengok dia . tak apa lah demok mak kau tak kesah kan kau kita orang ada ok . love you demok <3

ada jugak kucing aku yang sangat caring dengan anak dia . kalau aku curik anak dia kejap pun dah bising . lepas dia selalu main gurau gurau main kejar kejar dengan anak dia . waahhh happy nya family kau kucing .

so sayangilah anak anak anda . jaga dia sayang dia belai dia . kalau binatang reti jaga anak dia kita sebagai manusia lagi mampu . anak tu kan ibarat kain putih ibu bapa yang akan mencorakkan kain putih tu .

Tuesday, October 18, 2011

terima seadanya

aku tahu tuhan sedang menguji diriku ini 
tapi aku tak boleh 
mungkin ni baru sikit 
tapi aku tetap tak boleh 
aku bukan macam manusia lain 
manusia lain yang tabah , kuat , berani 


something wrong dengan aku sejak PMR habis . terlalu banyak benda dan kemungkinan yang aku fikir . nowdays , aku banyak termenung lepas tuu start lah fikir itu ini . cara yang paling mujarab untuk aku tak fikir benda benda ni semestinya tidur . sebab tuu aku banyak habis kan masa kau dengan tidur .ada benda yang aku simpan dan simpan dan terus simpan . entah dekat siapa aku nak cerita semua benda ni . 

aku manusia biasa yang mempunyai sifat cemburu . ramai kawan kawan aku tanya apa cita cita aku tapi aku tak pernah jawab . aku hanya mampu senyum dan senyum . biar lah hanya aku dan DIA sahaja yang tahu semua ni . aku teringin nak rasa macam mana berjaya . HAHA stop talking nonsense lah fani

aku dah cuba pujuk diri ini untuk sabar , tabah dan jangan cepat mengalah . tapi aku tak boleh . aku cepat putus asa cepat mengalah . Ya Allah berikan lah hamba-Mu ini kekuatan

cukuplah sekali . aku tak nak benda ni berulang . aku tak sanggup nak kecewa lagi sekali . orang disekeliling aku mesti ketawakan aku mesti kutuk aku . aku dah usaha mungkin tak sebaik macam orang lain tapi dalam masa yang sama aku tetap berdoa supaya tuhan memakbulkan permintaan aku .

Sunday, October 16, 2011

hello sunday

weeee hye hye assalamualaikum :))

currently baru lepas makan tengah hari , grrrrr kenyang perut haha . pagi tadi pergi jog dengan mama , ayah dan paan . aku nak lari tapi malas pulak so buat braise walk jee lah . tak lain dan tak bukan jog dekat kompleks . grrr bosan pulak aku jog kat sana , straight jee tak mencabar langsung . teringin nak main futsal dengan semua cousin ~

again hari ni aku tak buat pape pun , bangun tido dan makan makan . patutnya pergi KL ada kenduri then baru ingat nak pergi jalan jalan ke tapi tak jadii :(( maybe next time . aku betul batul bosan active fb pun macam hampeh jee ~ tolong lah bawak aku pergi MPH ke POPULAR ke .

benda yang aku harus beli kalau keluar shopping :

blouse hitam , putih , kelabu 
 new jeans white colour 
 shawl plus inner plus syria
 wedges hitam 
novel , interesting english story book 

Friday, October 14, 2011

apa short short ni

ehek kesian kan aku tinggal bedua jee dengan bibik hari ni . hari ni sabtu yang agak membosankan , selalunya sabtu lahh aku busy basuh baju buat homework tapi sekarang ? duduk goyang kaki jee lah .

mama dan paan pagi pagi dah keluar pergi sekolah sebab dia orang pergi rombongan . patutnya aku ikot tapi last minute cancel hehe . ayah pulak macam biasa lah sibuk dengan golf dia . baru 3 minggu tak main dia dah bising bising haiyooo ayah ayah .

malam tadi aku masak maggie hehe lepas gian babe . tengah sedap sedap makan paan datang sebab dia nak sikit . so haha bermula lah pergaduhan . . .

paan : eyh maggie apa tuu ?
aku : tom yam pedass gila paan kau tak boleh makan kau kan tak suka pedas *dengan harapan dia tak kan mintak maggie aku
paan : ala tak pe biar paan rasa sikit mana tau tak pedas
aku : dengan muka tak rela kasi jee lah sikit
paan : eyh sedap lah ada lagi tak ?
aku : dah habis ni last siapa cepat dia dapat :p

sudahnya paan pergi amik mangkuk dan aku kasi dia sikit . aku dah kasi kau banyak cerita pulak kan . paling tak tahan paan kata aku ni kakak angkat sebab aku kedekut dengan dia . betuah punye budak !

ok tutup cerita pasal maggie bukak cerita sebenarnya . ni zaman moden kan orang sekarang semua kalau texting mesti nak pakai short form kan . kalau setakat "yang" tukar "yg" tuu ok lagi lah . ni pergi tukar "aku" kepada "Q" tak ke lain sebutan tuu

aku mengaku dulu aku pun macam tu jugak dulu . short form punye ayat like mana to manew haha kelakar . tapi ada someone dah berjaya mengubah aku . masa tu aku update status kat fb lepas tu salah seorang cousin aku tegur dia kata : ayat short form sangat lah nak baca pun susah 

bermula daripada situ aku lebih selesa eja perkataan penuh dalam sms,fb dan blog . bagi aku apa yang penting orang lain paham apa yang kita tulis dan tidak memeningkan mereka untuk berfikir .

jangan terlampau iktkan sangat 'trend' sekarang nanti nak tulis karangan tak ke susah free jee kena tolak markah sebab ejaan salah hehe . bahasa budaya kita :)

Thursday, October 13, 2011

superman ku

hye hye assalamualaikum wahai readers :) amacam sihat ? haha

bulan september birthday dua hero family aku . semestinya paan dan ayah . family aku birthday semua ada partner . january aku dengan mama , mac angah dengan along . kali ni birthday paan sambut dekat rumah cousin aku masa open house kat rumah dia . birthday ayah memang lah tak sambut ramai ramai hanya ahli keluarga terdekat jee . siapa yang tedekat ? semestinya aku paan dan mama

ok elok aku cerita pasal birthday ayah dulu sebab birthday ayah 25 september 18?? haha tahun berapa aku tak tau . masa birthday ayah we all hanya keluar dinner 4 orang . along angah it is much better if both of you are here :'( tahun ni mama belikan ayah hadiah . as i know , birthday ayah before ni mama jarang bagi ayah hadiah . aku yang teman mama beli hadiah , nak beli kan baju nanti ayah tak suka pulak pattern yg dipilih . jadinya sebagai penyelesai masalah mama beli kan ayah perfume . plan nak pegi kl sebab brand perfume ayah memang kat seremban tak jual . tapi mama kata tak sempat so pegi parkson jee . beli perfume dapat voucher 20 ringgit haha so aku pun apa lagi ambil kesempatan lah . baru ingat nak shopping tapi 20 ringgit apa boleh beli ? so aku decide beli kad jee lahh .

masa birthday ayah aku orang terakhir yang wish , dah petang baru wish . bukan apa , hari tuu pagi pagi lagi ayah dah keluar main golf dan pagi tuu jugak aku tusyen . tusyen sampai pukul 1 , bila aku balik ayah mama paan tak de kat rumah . dia orang semua balik kampung sebab ada kenduri . petang tuu keluar pegi beli barang time tuu lah baru aku jumpe ayah . aku boleh jee text ayah untuk wish die tapi aku tak nak , im his only daughter in seremban now . aku nak cakap face to face dengan ayah .

ayah happy birthday :) you my hero . to me he is the best man in my life . ayah bukan macam ayah orang lain . ayah tak pernah pukul anak anak dia tanpa sebab tak penah rotan anak anak dia dengan tali pingang . ayah tak pernah didik anak anak dia dengan cara kekerasan . even mama selalu cerita yang kat tempat kerja ayah garang sangat tapi bila kat rumah dia seorang yang baik :) kalau ayah busy sekalipun bila dia balik rumah muka dia cool jee tenang . ayah selalu ejek aku gadis air mata haha . 

actually panjang lagi aku nak tulis pasal ayah tapi nanti korang bosan pulak . macam along selalu cakap nanti cari laki baik macam ayah hehe . ok ni nak cerita pasal suprise yang aku mama dan paan buat . malam tuu kita orang sajee je tinggal kan ayah sorang tengok tv . kita orang masuk bilik aku tulis kad masing masing . haha kelakar lah . lepas tuu turun bawah nyanyi lagu birthday mama kasi hadiah . lepas tuu ayah baca kad yang we all kasi .

ni kad yang paan kasi . aku suka kad ni sangat unik 

yang tengah tengah tu ayah . periang betul ayah ni haha 

sudah sudah tutup cerita pasal ayah . now pasal birthday paan pulak . tiap tahun mama mesti beli goodies untuk kasi dekat classmate paan . over kan budak ni , birthday aku pun tak buat macam  ni .

like father like son <3


memang like father like son betol . dua dua degil . dua dua ada tahi kat telinga .semua sama lahh

si baju hijau itu lah paan 
satu benda yang satu family aku dah tahu pasal paan . paan sangat sangat suka kan warna hijau . tengok tuuu baju die warna hijau . kebanyakkan semua baju dia warna hijau . jarang lah tengok dia keluar pakai baju warna lain . ada sekali tuu pergi raya aku pakai baju kurung warna hijau , paan kata 'haaaa kan bagus tuu pakai warna hijau ' hari tuu mama kata apa kata tahun depan kita raya pakai colour hijau . paan apa lagi terus setuju lerrr

pape pun happy birthday paan . tahun depan kau upsr yee jangan nak main main . aku jee boleh tengok tv kau duduk diam diam baca buku .

birthday boy

 weeeee amik kau 3 post aku bantai malam nii haha . bosan kot tak buat pape . on fb pun tak habis habis chat dengan izzat mok mok haha .

hari ni birthday adik baru aku haha . adik baru ke ? perasan jeee . happy birthday asyraf johan bin abd rashid . yang ke berapa itu aku tak pasti hehe .


haha comel betul johan ni . tapi sekarang dia tak sihat . minggu lepas dia jatuh , tangan dia patah . haishh sebab jatuh sebab orang naik gelongsor duduk dia pegi berdiri haha

get well soon ok johan . happy birthday !

untuk orang jauh ~

along ohh along please balik . . grrrr aduhh waa dah habis pmr baru ingat nak jalan jalan tapi tidak kesampaian :'( kau nak jumpe 'awan nano' kan kan . jom lerrr keluar 3 orang hehe . 

weyy angah balik ok . ala seremban dengan kucing dah macam rembau dengan seremban hehe . forsure kalau korang balik mama ayah bawak semua keluar shopping . mata aku dah gatal gatal nak cuci mata ehek . 

eyy babe karaoke ada sale ohh . cepat cepat balik sebelum terlepas ganjaran ini . . *semstinya gurau je . btw nak tau tadi paan masuk pertandingan nyanyian solo . bila ani tanya , sedap ke suara kau ? dia kata maher zain pun kalah ok haha what the funny betol budak babu tuu 

petang tadi dia sedih sikit sebab die dapat nombor 4 jee . tak menang . ani tanye kat die , sape yang menang ? dia kata , maisarah menang geram jee paan . lagi satu , paan bersemangat gila ohh belatih nyanyi lagu maher zain insyaAllah . siap dengan ipad dengan microphone lagi practise . lepas tuu dress up hensem hensem siap perfume satu rumah bau haha memang kelakar babu itu 

cik along wan kempis , balik yee jangan tak balik ! HAHA

Tuesday, October 11, 2011

i wish you were here

i can be tough
 i can be strong
but with you,it's not like that at all
you are always there
you are everywhere
but right now i wish you were here

Monday, October 10, 2011

raya kembali

weeee aku terpaksa update pasal raya walaupun raya dah habis hehe . yela nak exam mana sempat nak update so sekarang dah freedom baru boleh update

walaupun pmr dah dekat tapi aku and the geng still nak pegi beraya hehe . tahun ni aku rasa aku banyak pegi raya rumah kawan kawan . tahun lepas sempat pegi open house rumah balqis jee .

kalau tak salah aku hari sabtu , tengah hari pegi raya rumah hidayah . wooo tersangat lah jauh rumah kau babe . sampai rumah dayah diorang semua perli aku . aku janji nak datang pukul 2 tapi haha hampeh nak dekat pukul 3 baru sampai kihkih . dekat rumah dayah tak dapat meng-gile sangat sebab ada kawan dia yang lain . so we all just duduk makan dengar orang borak borak hoho

petang tu pulak pegi rumah zaty . rumah zaty paling best happening ohhh . yang raya rumah zaty time tuu pun we all jee . patotnye tak jadi pegi rumah zaty sebab dia nak keluar tapi haiyoo zaty paksa jugak datang .sempat lah snap picture sikit .

budak dua orang ni memang tak de keje
aku  jee tak de dalam gambar :(


see borak tak ingat dunia haiyoo 

again aku tak de dalam gambar 


ehek beza ohh pingang aku dengan mun . jealous -.-   

dah penat main borak borak kat luar masuk rumah zaty balik . paling lah tak malu pegi masuk bilik zaty . habis satu bilik dia kene terjah . lepas tuu pegi gosip pasal k-pop aduhhaii zaty zaty

antara collection poster k-pop zaty . banyak lagi sebenarnya
dalam rumah tak pakai payung lah adik manis ~
pukul 7 baru balik hehe . aku memang kene balik awal sebab malam tu nak pegi rumah mak lang . btw sorry zaty we all buat hare sikit kat rumah kau hehe

big smile for you

wooooo currently listening to salena gomez new hitz song i love you like a love song baby lalala ~ haha . yaa semestinya aku memang memonteng sekolah hari ni . kalau datang pun bukan belajar kan , esok baru datang pulang buku teks yang haha macam tak digunakan jee . then next week start belajar , waaa sukesuke boleh prepare untuk spm awal .

just want to wish thank you to mama and ayah :) 4 hari aku exam ni mama amik dan jemput hehe padahal rumah dengan sekolah sekangkang jee . aku tak mintak pun semua ni , mama yang nak hantar sebab mama kata mana lah tau nanti tegolek ke kang jatuh longkang ke pape haha . bagus mama ni berfikiran jauh . hari hari cakap jee nak makan apa nanti mama masak . hari tuu aku memang teringin pulak nak makan pasta so mama buat kan esok tuu pulak paan pulak nak nasi bukhari mama buat kan jugak . kebetulan minggu aku pmr tu paan pun exam jugak tapi die exam upkk .

first day exam pagi pagi tuu ayah call , ayah cakap dengan aku tapi aku diam jee haha . diam sebab mata dah betakung dengan air mata tunggu time jee nak mencurah . aku jadi speechless time ayah call tuu . i just want to say that i love him tapi tak tercakap . sempat cakap iloveyou kat mama jeee hehe

wan dengan atuk pun ada datang rumah hari tuu , dia datang nak hantar air yasin . sebab wan ada buat baca yassin kat surau kampung . atuk pulak siap kasi 'fulus' hehe atuk kata buat belanja exam haha . thank you atuk thank you wan .

tak lupe kakanda ku along ! thank you jugak sebab telah mengupdate-kan entry yang khas untuk adik dia yang comel lagi tembam ini haha *sila menyampah dengan aku . sorry aku just sempat baca lepas exam . untuk angah pun thank you jugak sebab telah memberi tazkirah ringkas kat aku malam before exam tuu haha .
i love you guys . million thanks to all of you .pmr ni ani dah buat yang terbaik tapi ani nak minta maaf kalau keputusan nya nanti akan mengecewakan semua orang .

waiting outside the line

alhamdulillah , pmr ! berjaya menepuhnya ~ walaupun ada lah sikit sikit masalah . allah sentiasa menguji umatnNya . aku dah usaha ,  study ,  read all these books , sekarang hanya perlu bertawakal so that everything will be fine .

macam tak percaya jee kan kejap jee dah pmr nanti kejapp je dah dapat result . aduh time aku tengah mengawal nafsu untuk tidak mengupdate sebarang entry mencurah curah idea . nak tulis tuu lah ini .

saat saat akhir before exam memang kenangan terindah betul . last week before exam aku memang lupe yang aku nak exam , aku melantak air sejuk tak ingat dunia . balik sekolah jee mesti nak minum ice . lepas tuu pegi makan ice cream pulak haa lagi lah , hari jumaat dah start sakit tekak . sabtu sihat ahad malam isnin dah makin teruk pulak . pagi isnin pegi sekolah macam biasa bila balik tuu dah memang tak larat sangat badan dah panas so makan ubat dan tido .

4 oktober ~ aduh pagi tuu aku dah risau . dengan aku yang tak berapa nak sihat ni . hari pertama rasa macam nak meraung jee dalam dewan tuuu . dah lah kertas bm 1 aduhh malas lah nak cakap . day by day sampai lah hari khamis subject science dengan sejarah . tak sanggup aku nak tengok result aku nanti .

then ada break 3 hari , waaa memang aku mcm dah freedom jee time tuu . siap boleh tengok tv pegi teman mama pegi wedding bejalan jee aku ni haha . jalan pun study mesti buat .

so tadi last day , math paper 1 ok memang aku kurang power sikit paper 1 . aku jee kata susah orang lain semua cakap senang . lucky paper 2 senang sukesuke :DD khb aduh memang mencabar lohh

aku dah buat pmr nii sebaik mungkin , kalau ada rezeki ada lah kan , kalau tak de mungkin bukan sekarang.next week datang sekolah dan mula belajar subject form 4 waaa hebat kan sekolah aku ? mantop ! haha