Thursday, September 27, 2012

tekanan emosi

macam biasa sambil buat kerja kursus suka ambil kesempatan online segala macam social networks , well itu lah kegemaran para pelajar di Malaysia kehkeh .

terasa sekejap masa berlalu ,dah hari khamis . it is about two more weeks to go before my final year exam . ni gilaaaa giiilaaa punya kerja gila , balik kucing nanti hari ahad esok tu terus exam ... walaweyy kau boleh cenggitu ? tahun ni hampir semua exam , study last minute . yang paling teruk result masa exam time puasa dengan mood raya , hingat haku rajin sangat nak baca ?

yes , mungkin sejak dua puloh menjak ni aku macam kadang kadang ok kadang suka buat haluan sendiri . to you yes you , please stay away from me . janji tetap janji , tapi sebab aku setan sikit so aku mungkir janji ok kehkeh ...this is for your own good , i just need to be alone maybe for a few years . kali ini sahaja , tolong faham ...


Friday, September 21, 2012

tolong jangan jadi bodoh

well siapa dah menjadi seorang pencinta tegar twitter , *lambai tangan dan jerit , yeaaaaa me me !

apa yang aku cuba nak kata kan ini bukan niat untuk menyindir tapi hanya pendapat . so nak maki hamun ai , you better wash your mouth , nanti ai lastik mulut you . (amaran keras ohkay)

"Bf takkan menitiskin air matanya untuk gf dia melainkan dia betul betul sayang dekat gf dia"

ok statement diatas merupakan tweet yang kira selalu di retweet dan confirm lah semua gadis gadis cair bhaii bila baca . but wohooo not me .

bagi aku , kalau sudah menjadi suami isteri atau soon to be husband and wife perkara di atas mungkin betul . tapi kalau baru umur sebaya aku , umur sekolah rendah anda boleh lupa kan sahaja kata kata di atas .

well hello guys , you should ask me why fani ? whyyyyyyyy ? i love my baby boy  shoo much you know ? everytime we bergaduh he will call me and cry until i melting ....

hahaha hamboiiiiiii ,  nak melting lah pulak....

bagi aku , susah nak tengok lelaki menangis . aku pernah nampak ayah menangis masa arwah wan dan atok meninggal , masa tu sahaja  . lelaki memang dilahirkan dengan sifat ego yang tinggi mengunung . lagi pun hello bro , lelaki menangis ? ok hilang machoo lu bro hilang !

aku percaya , ok memang ada lelaki menangis sebab girlfriend lah konon nya kan . tapi kita tak tahu , betul betul sedih atau drama je lebey . mungkin wujud lelaki yang ikhlas meraung melalak atau menitiskan air mata hanya kerana wanita , MUNGKIN yeee MUNGKIN . ingat yee , lelaki boleh pasang empat wakaka . ehhh cop , aku sokong site mana ni ? okk go go wanita !

kalau wujud lah lelaki menangis kerana perempuan yang dia sayang , mungkin peratus nya sikit . dan lebih baik lah , anda mempunyai kekasih yang menangis kerana Allah , kerana Nabi Muhammad saw dan kerana ibubapa nya , itu lebih baik bukan ?

ustazah selalu pesan jangan menangis untuk perkara yang sia sia , ye aku selalu menangis untuk perkara yang sia sia . biasalahkan , aku insan biasa yang mudah alpha(lupa) . bila tersedar yang diri sendiri bodoh sebab meraung benda tak berfaedah , cepat cepat lap air mata dan zikir . cuba tenang kan diri . nak lagi mujarab , tutup mata dan tidur hehe .

yang baik itu dari ALLAH , yang buruk itu dari aku :)





aku masih hidup

krikkk krikkkkk krikkkk diam seketika -,-

well it is about 2 or 3 month i ignoring this blog , ok dah sudah speaking hancus kecek melayu molek molek deyh . bukan merajuk tapi malas . eh bukan malas tapi rasa nak refreshing diri sendiri dan mula kan hidup baru . 

ada ke yang rindu fani ulalala ? kehkeh malu aii ualls ..

insyaAllah , lepas ni akan menulis dengan lebih serious . kalau tak serious boleh lempang aku ramai ramai . dan sebolehnya , akan hanya menulis benda yang berfaedah . 

ok see you on my next post yaww :)

Friday, June 29, 2012

my day :)


-this happend on last wednesday , sangat teruja terkinja kinja terngada ngada semua lah aahaaaaaa  tu hover

-berketurunan k benda ni , dari along sampai lah aku . zaman paan aku tak tau lah acano sebab diorang tak ada pmr . ye sangat tak adik tak adil tak tak dan tak adil 


sangat nervous k sangat sangat dan sangat , masa dalam auditorium ni dah lah sejuk dengan gemehentar nya terus tangan lagi sejuk macam ais 

sangat bosan k dalam tu , kalau lah aku ada wifi ke hape dalam tu dah lama aku main tweet k , sangat sakit  hati tengok budak sebelah main galaxy note main fb blabla , haku campak note kau kang nyampah k nyampah 


see my mama ahaaaaa cik siah haaaaaaaaa k nak mampus kena sepak , k ampun yaa embak :)

kemain k mama , tudung baru , eyh ofcourse lah anak dara dia yg erm comel lah jugak ni nak hamik anugerah kan kan . harus lah dress up very the boom gituh 

ni nasib kena pakai baju sekolah , ikut kan hati nak sarung kebaya baru lagi vas kebaboooom kan 


siapa lagi comel ? aku ke ayah ... hmm kita lagi comel . ayah comel sangat haaha 

eyh baru perasan aku shembam macam ayah , well anak ayah kan kan 

time ni gaduh gaduh dengan mama sebab mama tak focus , dah nampak muka ai gelap gelita 

dah lah yeh , bai assalamualaikum :) 

siapa nak makan kambing sila lah datang kampung ai esok ...


Saturday, June 9, 2012

kampung kaka kampung

haha k sedap dah tu kakaka kaka kampung hahaha . tengah hari tadi pegi wedding kawan ayah . hahaha ohh myyy tadi jumpa jiran kat kl , kak hani . lain gila muka . aku pun diam je bila jumpa . eyh kan dah kata aku kan pemalu kihkih . dulu di pendek haha keji gila ayat , yela kau bayang kan dia darjah 5 tapi tinggi macam darjah dua . haku ni darjah 4 badan besar nauzubillah . jumpa all those datin datin mama ohhh nyampah part tu kahkah , jumpa aunty depan rumah dulu . dia siap tanya " ni kan yang kena langgar motor dulu" hahah eyh aunty ni maluuu ai tau . aunty ni ada anak bujang , dulu selalu lepak sesama . fuhhh ni wa nak cakap , hensem tak hingat kau anak dia . k buat baik dengan aunty kut mana tau bila besar sangkut wakaka k dah fani dah cukup .


k sakai tak hingat , tudung tu haha . baru beli hari selasa hari tu . dah dan dan dengan tak basuh terus sarung . sakali hamik kau 3 kali pakai sarung tak cun cun jugek .  nyampah aku . sampai sana tudung sakai memanjang . fuhhh berapi hati gua .

lepas tu pi balik kampung , ada wedding . sampai sampai tengok semua dah balik haha . k sian -,- aku dah kenyang , gatah daging satay goreng . fuhh sedap . rasa nak mintak resipi , tapi wakaka maluuuu lah pulek .

lepak umah wan kejap , fuhh kelas kau wan rumah dah renovate . toilet baru haha . dulu takut sikit mandi toilet lama . sebab kat bawah dah tu bawah tu dah kosong . tu kalau kat kampung sebelum maghrib aku bedesup mandi haha kan dah kata haku penakut mandi malam .

wan tengah solat , aku hingat dah habis rupa belum .

aku : wan ni ani nak pinjam toilet baru tau

wan : eyh au tak nampak tabung tepi tu , baya dua osen yeh

aku : alahh cucu pun berkira , dekut tau haha

lepas asar balik rumah ayah pulak , kampung dua dua dekat kan so tak yah gaduh gaduh . bagus betul .


hantu durian k good , dah jumpa baby kesayangan diorang senyap terus . busuk yang amat tak tahan tak tahan .


k ciken omeyyy mak dia gemukkkkkk hahaha k gemuk . padan lah anak ramai . ni anak tanya sape bapak budak ni ?? ni lah kan , semua binatang nak harap yang tino jugak jaga anak . yang jantan pi honeymoon dengan awekzz awekzz baru . paan kijam , pegi kurung sekor anak ayam dalam bekas makanan dia . k tu kejam . dah tu pandai pulak "lang kau tengok anak ayam tu sian dia terkurung" dasarrrr punya budak !


eeeeeeeeee apa tuu , burung lah pandai . burung hape ? murai lah pandai . apa nama dia ? burung lah banggang haha kan . k geliiiiii tu pun paan yang amik kan gambor . kepochi doe anak dia yang sekor tu , tak buat pape pun dah keluar kepala wekkkkk wekkkkkkkkkkkk . lempang kang nak .


k tau macam tak center gigi aku , kau jangan risau . kalau result aku kali ni gempak . nak request ayah nak pasang braces kahkah . sakit belakang cerita . ni gigi wa nak kasi senonoh sikit .


tak reti duduk diam , ada je benda nak tarik . jumpa kelapa pi kait , sedap :)

ni last ni haha , tak aku cuma takut kau bebulu tengok geletiks aku . nak kata ayu tak lah , tapi nampak macam perempuan lah sikit wakaka .


haha kan dah kata , bebulus tak . ingat malam tu pi jusco rupanye tidakkk . frust melentang haku kau tau . tapi macam tak cun lah , pingang besar , punggung besar . nak buat macam mana , nak jogging pemalas haha nasib lah . k btw ni jeans skirt , selesa sangat sangat :) rembat kat top girl .

k sekian time acih :))

Wednesday, May 30, 2012

resipi sotong lada hitam

yaa cuti belum habis lagi , ohh bosan pulak . aku bangun pukul 9.30 hokay hari ni . eyh tapi ai bangun kejap solat lepas tu sambung . tapi solat pun macam nak tertidur masa amik wuduk kihkih

so malas nak bebel panjang , masak ni simple je tutup mata dah siap . haah tutup mata je tengok sotong kau hangus walawey

bahan

2 ulas bwg putih
3 bji bwg merah
1 bji bwg besar
1 sudu tea lada hitam (aku pkai yg dlm botol tu)
3 sudu makan sos lada hitam
2 btg cili merah
daun bawang
air
sotong

cara
1 . aku kecut kan dulu sotong sebab nak kasi dia masak sikit
2 . tumis bwg putih , then masukkan bwg merah
3 . lepas tu masukkan serbuk lada hitam (kalau nk kaw kaw pedas blh tmbh)
4 . then masukkan air (kalau nak kuah lebih letak bnyak pun blh)
5 . garam secukup rasa dan masukkan sos lada hitam (kalau nak pedas blh tmbh )
6 . masukkan sotong
7 . tngu beberapa minit baru masukkan bawang besar , daun bwg dan cili merah
8 . bila dah didih baru angkat


kan nampak colout full tak , well tengok orang yg masak lah . aku pun colourful kihkih . hari ni aku masak sambal sardin , sotong ni dan sayur aku buat cendawan sup

eyh yekew cendawan sup ?? entah apa nama dia tapi aku suka sebab sedap


kepada yang bukan pengemar sayur macam aku , ok kau patut masak ni . sedappp wokk .. masak sayur bodoh bodoh tau ... aku rasa ni sayur paling senang . kau tak payah nak potong potng ke hape

hamik bawah putih tumis , campak ikan bilis then masukkan air...agak agak dah didih campak je cendawan .. tunggu sampai didih then dah siap boleh sumbat dlm mangkuk . senang kan kan kan , kau nak main twitter pun tak sempat sebab sekejap sangat nak masak kihkih

sambal sardin tak payah tulis resepi lah kan , tak kan sambal sardin pun nak bagitau .. eyh seriously dulu aku first time masak sambal sardin tak jadi sebab aku campak je sambal and tuang je isi isi dlm tin sardin tu . nampak tak banggang nye aku ??? dengan sambal belum masak campak jee .. dah tu garam tak bubuh . bijak kan kan .. hehe tapi tu dulu lah zaman bodoh bodoh , ni zaman cerdik sikit kihkih

so selamat mencuba yaaww :))

Tuesday, May 29, 2012

luahan perasaan

ok hai selamat tengah hari cikgu haha eyh rindu sekolah pulak . ohh what a day , bosan . ye itu ayat yg sesuai bosan . aku cuma nak jumpa kawan and borak borak dan terus borak . duduk diam dalam bilik baca novel boleh buat aku separuh kegilaan yaaawww..

dekat twitter kahkah kadang kadang aku geram ada tweet someone yg buat aku tak puas hati . rasa nak bantah . yee saya nak bantah tweet awak .. itu tidak benar yaaa ...

dah tu fb pulak , sepasang kekasih baru yg suka menyakitkan hati aku .. dah habis dua dua aku unfriend aman hidup acik hokay ...

malam ni aku ada tusyen ganti , tu pun tak tau pegi ke tak . sebab belum confirm ayah balik ke tak .. harap harap ayah balik sebab rindu nak tusyen kihkih .  seriously cikgu baru ni membosankan , rindu ckg lama . bila dia nak habis pantang ni , nak tengok baby dia mesti omeyy mcm mak anak murid dia  

sah memang sah aku dah gemuk , seluar kebanyakan dah tak muat . kahkah ok tu tak kelakar .. kadang tu pinjam seluar paan sebab seluar aku mcm dah ketat sangat .. bukan malas nak jogging tapi alahh memang malas pun .. mama balik mesti paksa mama bawak aku beli seluar baru , everything new . sebab kita kan nak mula kan hidup baru krogh krogh yg tu aku sorang je faham

ada sorang kwn aku , dia sibuk tweet kata parents dia control dia .. yes sebagai yg lebih tua aku kalau boleh nak nasihat sikit .. tapi nanti dia kata aku ni sibuk jaga depan kain dia kahkah ... bagi aku tak ada istilah konkong anak .. semua tu lebih kepada mendidik . hokay mungkin cara parents dia salah , itu tak boleh ini tak boleh . dan bagi aku tak salah kalau anak tu nak hangout dengan kwn2 dia , yg penting parents kenal dan tau dengan siapa dia keluar .

macam aku lah , aku much prefer kalau aku keluar dengan kwn mama atau along ke ayah ke yg hantar .. to me , aku rasa aku jujur dengan diorang . sebab aku bagitau aku keluar dengan si polan blabla ..

and lets talk about social network and handphone .. seriously mama ayah memang bukan jenis nak "meyh phone mama nak check "  itu yg buat aku rasa tidak terkonkong . macam fb ke , mama tak ada "meyh mama nak tengok fb alang " no no never . sebab aku tau mama ayah percaya kan aku .. so aku pun tak akan sia siakan kepercayaan diorang tu .. i love them , aku tau diorang hanya nak kan yg terbaik . dan aku pun hanya akan berikan yg terbaik untuk mama ayah ...

so kids , eyh aku kids ke ?? ok tukar so teenagers parents always come first . berfikir sebelum bertindak . cuba fikir kenapa diorang tak kasi kau buat sesuatu , semua mesti ada sebab .

aku tak cakap yg aku baik , aku mcm remaja biasa . ye aku pernah buat salah , ye aku pernah tipu mama ayah . aku pun dah belajar dari kesilapan :))


ohh myy teruk betul , ni kalau mama tengok . "sian anak aku , bosan sangat ni kahkah " .. eyh tak ada hal , hampir 4 tahun tiap kali cuti semester aku akan hanya bertapa di rumah . waa dah biasa dengan semua ini loh

tapi ngakk papey sebab next two weeks , aku akan ke kedah dan penang... weeee totally excited because we will go to penang .. mungkin org kata aku kuno , tapi ni realiti aku tak pernah pegi penang . pernah mungkin tapi mama kata masa aku baby ... kut aku genius mcm adi putra boleh lah aku ingat kan .

k dah sekian time acih